Beris tidak sebarang beris,
Beris di kuala jingga warnanya;
Bengis tidak sebarang bengis,
Bengis kesatria ada mulianya.
Upih bukan sebarang upih,
Upih rumbia halus durinya;
Kasih bukan sebarang kasih,
Kasih pembela setulus hatinya.
Buah tidak sebarang buah,
Buah delima nian lazatnya;
Sembah tidak sebarang sembah,
Sembah panglima dengan taatnya.
Keli bukan sebarang keli,
Keli di paya pantas biaknya;
Tari bukan sebarang tari,
Tari perwira tangkas geraknya.
Angkatan pembela sentiasa berselindung di sebalik hutan tebal dan bukit bukau sebagai benteng semula jadi yang sukar ditembusi. Tentera Biduk Bota sering kali terperangkap oleh serang hendap mereka di kawasan lapang, mengalami kemusnahan besar setiap kali mereka muncul di kubu pihak pembela di kawasan pergunungan.
Seperti dirancang, di peringkat terakhir Angkatan Dharmakusuma berpecah kepada tiga pasukan. Pasukan Naga Sakti Muna, Pasukan Dewi Sungai dan Pasukan Kuda Semberani. Mereka menunggu dengan sepenuh sabar di pangkalan masing-masing untuk membuat serangan mengejut ke atas kubu musuh di Bukit Panau. Serangan yang bakal dibuat tatkala dinihari, beberapa detik menjelang waktu fajar menyinsing, bergerak dari lima penjuru, pada hari yang paling sesuai.
Pasukan Naga Sakti Muna, terdiri daripada segerombolan pejuang terlasak dan terhandal pimpinan Adhi Vira sendiri, dengan dibantu oleh Buluh Padu, bersembunyi selama dua bulan di kawasan rimba. Kedudukannya hampir tiga persangga, iaitu kira-kira sepagi perjalanan, ke hala belakang dari Mahligai Gemilang Sakti. Istana yang telah ditukar nama oleh Biduk Bota daripada nama asalnya, Mahligai Dharmakusuma, dan menjadi markas Biduk Bota dan konco-konconya di Bukit Panau.
Pasukan Naga Sakti Muna, terdiri daripada segerombolan pejuang terlasak dan terhandal pimpinan Adhi Vira sendiri, dengan dibantu oleh Buluh Padu, bersembunyi selama dua bulan di kawasan rimba. Kedudukannya hampir tiga persangga, iaitu kira-kira sepagi perjalanan, ke hala belakang dari Mahligai Gemilang Sakti. Istana yang telah ditukar nama oleh Biduk Bota daripada nama asalnya, Mahligai Dharmakusuma, dan menjadi markas Biduk Bota dan konco-konconya di Bukit Panau.
Pasukan Naga Sakti Muna bersembunyi di atas pokok-pokok besar berdaun lebat. Di siang hari mereka berehat ataupun tidur. Tiba malam baru mereka turun untuk mencari makan atau berlatih juang. Adhi Vira sendiri berkediaman di atas sebatang pokok tualang yang amat besar, tingginya kira-kira empat puluh depa. Pokok itu diperasap di beberapa tempat terlebih dahulu untuk menghalau lebah madu yang bersarang di dahan dan rantingnya.
Dalam pada itu, sebilangan kecil anggota Pasukan Naga Sakti Muna menyamar diri sebagai penduduk kampung. Secara senyap-senyap memantau pergerakan serta tabiat perilaku Biduk Bota dan orang-orangnya, terutamanya di waktu malam, menanti dengan sabar dan tabah waktu yang tepat untuk menyerang mereka.
Sepanjang tempoh itu, di antara Adhi Vira yang berpangkalan di rimba dan Kembang Seri Wangi serta Prabhava yang berada di kubu rahsia sementara di Krai sentiasa berhubung. Mereka menggunakan haiwan khas yang terlatih secukupnya sejak kecil untuk menyampaikan isyarat atau maklumat rahsia. Merpati utusan atau tupai nandung membawa perutusan di siang hari, dan musang atau burung hantu di waktu malam. Manakala rubah dan serigala pula boleh disuruh membawa perutusan pada bila-bila masa yang perlu.
§
Rembulan mengambang bersinar penuh berseri, menyuluh cahaya gilang-gemilang ke seluruh kota. Bulatnya begitu sempurna, bak lukisan sang pelukis. Birainya tajam menyerlah, seperti mata pedang yang baru diasah. Awan gemawan menyimpang memberi laluan kepadanya, bagaikan para inang perwara menyimpang memberi laluan kepada sang puteri.
Sudah sehari semalaman orang-orang Biduk Bota beriang gembira menikmati pelbagai upacara keraian di hari pesta mengetam. Kini tubuh mereka semakin lama terasa semakin lesu, alam mimpi menggamit melambai-lambai.
Detik yang ditunggu-tunggu oleh Angkatan Dharmakusuma kini hampir menjelang tiba. Pasukan Dewi Sungai, dipimpin oleh Kembang Seri Wangi, dibantu oleh adiknya Pinang Jingga, berhimpun di seberang sungai. Mereka seterusnya berpecah kepada dua ketumbukan, satu ke arah hulu dari Mahligai Dharmakusuma, satu lagi ke arah hilir darinya. Setiap ketumbukan duduk berbaris-baris di sisi puluhan perahu panjang yang amat pantas luncurannya.
Detik yang ditunggu-tunggu oleh Angkatan Dharmakusuma kini hampir menjelang tiba. Pasukan Dewi Sungai, dipimpin oleh Kembang Seri Wangi, dibantu oleh adiknya Pinang Jingga, berhimpun di seberang sungai. Mereka seterusnya berpecah kepada dua ketumbukan, satu ke arah hulu dari Mahligai Dharmakusuma, satu lagi ke arah hilir darinya. Setiap ketumbukan duduk berbaris-baris di sisi puluhan perahu panjang yang amat pantas luncurannya.
Kembang Seri Wangi memiliki bakat memanah semula jadi yang hebat. Kehandalannya yang begitu menyerlah mula mengagumkan bapanya sendiri beberapa bulan selepas dia pertama kali mengajar anak gadisnya itu. Kini Kembang Seri Wangi seorang pemanah yang amat cekap. Panah yang dibidiknya boleh mengenai sebiji buah sawa yang dilambung ke udara pada jarak dua puluh depa darinya. Maka kepimpinannya selaku ketua Pasukan Dewi Sungai sebagai pasukan pemanah sedikitpun tidak dipertikai.
Serangan pemula ke atas Mahligai Gemilang Sakti dibuat oleh Pasukan Dewi Sungai secara mengejut dari seberang sungai. Seperti dirancang, mereka bergerak serentak dari dua arah, satu dari hulu dan satu lagi dari hilir.
Dua ketumbukan menyerbu dan menyerang Mahligai Gemilang Sakti yang menghadap sungai dari dua arah secara menyilang. Gerombolan pimpinan Kembang Seri Wangi sendiri mendarat di arah hulu sungai. Manakala gerombolan satu lagi, dipimpin oleh Pinang Jingga, bergerak dari arah hilir.
Manakala setiap buah perahu dan sampan milik pihak Biduk Bota telah dirungkai tali tambatannya dan dibawa lari ke seberang sungai, ke arah hulu, sejurus sebelum serangan pertama dilakukan.
Para pengawal yang sepatutnya berjaga-jaga penuh waspada di barisan pondok menara kawalan atau di serambi dan kawasan tangga Mahligai Gemilang Sakti, kebanyakan mereka sama ada tersandar liuk lentok dan menguak-nguak mengantuk ataupun sudah terbaring berbuai di alam mimpi. Semuanya kenyang, mabuk dan kepenatan selepas sakan benar berpesta ria sehari semalaman.
Selepas meminum tuak bercupak-cupak, kemudian bersuka ria dengan gadis tempatan yang telah mereka jadikan wanita penghibur secara paksa, tubuh mereka kini letih lesu dan lemah longlai tidak bermaya lagi. Di kalangan mereka, kerana sudah terlalu banyak minum tuak, terdengar sendawa nyaring yang hampir berterusan, sekejap di sebelah sana, sekejap di sebelah sini. Ada di antara mereka hingga termuntah-muntah.
Selepas meminum tuak bercupak-cupak, kemudian bersuka ria dengan gadis tempatan yang telah mereka jadikan wanita penghibur secara paksa, tubuh mereka kini letih lesu dan lemah longlai tidak bermaya lagi. Di kalangan mereka, kerana sudah terlalu banyak minum tuak, terdengar sendawa nyaring yang hampir berterusan, sekejap di sebelah sana, sekejap di sebelah sini. Ada di antara mereka hingga termuntah-muntah.
Isyarat pertama tanpa bersuara, pergerakan tangan dengan jari telunjuk yang mirip layangan panah, diberi oleh Kembang Seri Wangi tatkala kedua ketumbukan berada kira-kira empat puluh depa daripada barisan menara kawalan. Tiga ratus busar bersenandung, bunyi berdengung getaran talinya kedengaran lunak merdu di telinga memukau jiwa. Diikuti pula dengan bunyi berdebus tiga ratus panah melayang yang mengerikan menggoncang jantung.
Isyarat demi isyarat diberikan. Dengan setiap isyarat, tiga ratus tali busar menari berdendang, tiga ratus panah berdebus terbang melayang. Hujan panah berderai-derai di udara, matanya mencari, menemui, menghunjam dan menembusi tubuh-tubuh yang berdiri namun tidak sedikitpun menyedari. Satu demi satu, tubuh-tubuh itu huyung-hayang, seterusnya tumbang kecundang, sekali sekala diiringi jerit pekik dan raung sakit yang lantang berkumandang.
Ada pejuang musuh yang terjaga mendengar jerit raung kumpulan pengawal. Mereka meluru keluar dari pangkalan utama masing-masing untuk memberi tentangan. Namun hujan panah daripada Pasukan Dewi Sungai tidak langsung menghiraukan mereka. Seorang demi seorang mereka tumbang, rebah menyembah bumi.
Sambil mara Pasukan Dewi Sungai terus membidik, memanah, memusnah. Lolong raung musuh yang terkena panah hanya tambah menguja dan menyemarak lagi semangat perwira yang kini membuak-buak meruntun diri setiap pejuang pembela.
Pihak musuh kini haru-biru, hiruk-pikuk, kelam-kabut dan porak-peranda sepenuhnya. Maka tercapailah kini matlamat utama Pasukan Dewi Sungai. Tugas dan peranan mereka tertunai dengan sebaiknya.
Pasukan Naga Sakti Muna seterusnya muncul menyerbu dari arah hutan. Tempik perang angkatan pembela semakin lama semakin lantang bergema di udara, terus membangkitkan dan memuncakkan semangat perwira di kalangan pahlawan mereka sendiri. Sebaliknya membuat semakin cuak dan semakin gementar pihak musuh.
Demikian bengisnya Pasukan Naga Sakti Muna menggempur dan membunuh sebahagian besar pahlawan musuh yang keluar lintang pukang dari dalam Mahligai Gemilang Sakti. Melumpuhkan hampir sepenuhnya kemampuan bala tentera Biduk Bota untuk menyerang balas dengan baik. Maka kebanyakan pejuang musuh itu terbunuh ketika terkejut bangun daripada tidur yang amat nyenyak, selepas seronok beriang gembira dari pagi hingga ke malam.
Ketika saki baki bala tentera Biduk Bota yang berterabur tetapi masih mampu bertempur cuba menentang balik dalam keadaan terpinga-pinga, Pasukan Kuda Semberani pula muncul mengasak dan menghimpit dari kawasan tebing sungai, dari arah kiri dan kanan Mahligai Gemilang Sakti yang menghadap ke sungai kedudukannya.
Gerombolan penonggang kuda, lembu, kerbau dan seladang itu, yang dipimpin oleh Prabhava, dibantu oleh Nibung Ulung, bertindak menyapu bersih saki baki musuh yang entah bagaimana masih terselamat daripada serangan ataupun terlolos daripada kepungan dan kini cuba lari menyelamatkan diri.
Musuh yang bertempiaran lalu dirempuh dengan seganas-ganasnya oleh Pasukan Kuda Semberani. Ramai daripada pejuang musuh jatuh tersungkur, tersembam atau terlentang lalu terus dipijak dan dilanyak oleh kuda, lembu, kerbau dan seladang yang kini juga kelihatan naik berang, seperti haiwan-haiwan yang cekap terlatih itu juga sudah terasuk oleh angin perang. Ternyata, haiwan-haiwan itu juga mempamerkan daya tempur dan daya musnah yang memberangsangkan, jauh melebihi segala jangkaan.
Ketika gempuran penyudah menjelang dibuat oleh Pasukan Kuda Semberani dengan hebatnya, Pasukan Naga Sakti Muna dan Pasukan Dewi Sungai pula membuka ruang untuk memberi laluan dan menyusun semula barisan pasukan sendiri, keduanya bergerak secara bersepadu untuk melingkungi sepenuhnya pihak musuh. Lalu barang sesiapa sahaja pejuang Biduk Bota yang masih lolos dari gempuran Pasukan Kuda Semberani, mereka tetap tidak terlepas diri daripada rembatan Pasukan Naga Sakti Muna ataupun panahan Pasukan Dewi Sungai.
Ketika gempuran penyudah menjelang dibuat oleh Pasukan Kuda Semberani dengan hebatnya, Pasukan Naga Sakti Muna dan Pasukan Dewi Sungai pula membuka ruang untuk memberi laluan dan menyusun semula barisan pasukan sendiri, keduanya bergerak secara bersepadu untuk melingkungi sepenuhnya pihak musuh. Lalu barang sesiapa sahaja pejuang Biduk Bota yang masih lolos dari gempuran Pasukan Kuda Semberani, mereka tetap tidak terlepas diri daripada rembatan Pasukan Naga Sakti Muna ataupun panahan Pasukan Dewi Sungai.
Maka demikian pahlawan musuh diradak, dilibas dan ditebas dengan pedang, golok, tombak atau kelewang. Yang dekat ditikam atau dirembat dengan keris, kerambit atau pisau belati. Yang jauh dilontar lembing yang menghunjam kejam tubuhnya atau dilayang panah yang menusuk badannya.
§
Tawaran Adhi Vira kepada dua anak angkatnya, Pinang Jingga dan Nibung Ulung, untuk membantu memimpin pasukan masing-masing diterima dengan sepenuh bahagia oleh keduanya. Bak kata orang, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. Kerana kedua ibu bapa mereka masing-masing dianiaya begitu rupa dan dibunuh oleh Biduk Bota semasa pemberontakan penduduk kampung menentang kenaikan cukai laluan sungai yang tinggi melampau. Peristiwa zaman kecil yang tidak mungkin dilupakan oleh kedua mereka hingga ke bila-bila.
Hasil serangan peringkat awal Angkatan Dharmakusuma secara keseluruhan menakjubkan pihak Adhi Vira sendiri kesan serta kejutannya. Sungguhpun perancangannya memang teramat rapi, tidak disangka pula ia membuahkan hasil memberangsangkan mengatasi sebarang dugaan.
Mulanya Angkatan Dharmakusuma menyangka menerima tentangan hebat. Kesudahannya, sebahagian besar bala tentera Biduk Bota berjaya dimusnahkan tatkala lari bertempiaran dalam penuh kebingungan dan kelam kabut. Hasil daripada latihan perang yang lasak dan kental, rancang cara yang kemas lagi bijaksana, serta senjata yang cukup lengkap dan bermutu tinggi di pihak angkatan pembela. Tidak kurang juga kerana keyakinan dan semangat di kalangan anggotanya, yang jelas jiwanya terangsang dan tergalak oleh kisah Naga Sakti Muna, Dewi Sungai dan Kuda Semberani.
Begitupun, gemerincing pelbagai senjata yang saling berlaga berkumandang di seluruh pekarangan Mahligai Gemilang Sakti. Tusuk ditangkis dengan tetak. Libas bertemu sangga. Radak berlawan rembat. Bercampur baur dengan tempik pekik, deram aum dan gedehem gedaham ramainya pahlawan yang sengit bertempur. Bunyinya kedengaran lantang hingga jauh ke seberang sungai.
Pukul dielak. Tikam dikilas. Serang dibalas. Perisaipun kadang kala diguna sebagai senjata bila perlu, menghentak muka atau kepala lawan, ataupun merembat dan mematah tengkuknya. Tubuh-tubuh bergelimpangan, darah bertakungan. Bau hanyir, hancing dan busuk bangar yang terbit daripada darah, najis atau muntah pahlawan yang cedera atau gugur menusuk hidung semua.
Demikianlah suasananya sebuah medan pertempuran. Tidak indah, tidak kemas, seperti terungkapkan oleh sarjana atau pendeta. Tidak elok untuk mata yang memandang, tidak harum buat hidung yang menghidu, tidak lunak bagi telinga yang mendengar. Tetapi sebaliknya, amatlah buruk, hingar-bingar dan hiruk-pikuk, kotor, kejam, mengerikan serta menjijikkan.
§
“Wahai Putera Adhi Vira!” bergema lantang suara garau Biduk Bota. “Hari ini aku tiada pilihan lain lagi … selain mengakui dan mengagumi kehebatan angkatan pemberontak pimpinanmu.”
“Lalu tiba masanya untuk kau dan sekerat dua saki baki orang-orangmu … iaitu mana-mana yang masih bernyawa … menyerah diri sebelum kamu semua diseksa dan dibunuh sesuka hati oleh orang-orangku. Biarku belenggu dan sumbat kamu semua ke dalam rumah pasung. Sebelum ku beri hukuman yang setimpalnya.”
“Tidak. Tidak semudah itu, Adhi Vira. Kami orang Palembang. Pahlawan Palembang tidak begitu gampang menyerah kalah. Maka … di hadapan seluruh khalayak ini … aku Biduk Bota … mencabar kau dan pengikut-pengikutmu … untuk bertarung satu lawan satu. Lima pahlawan terbaik dari pihakmu … menentang lima yang terhandal dari pihakku. Siapa yang menang … mendapat semuanya sebagai ganjaran. Kalau pihakmu yang kecundang … aku memenangi segala-galanya … termasuk puterimu yang cantik manis itu.”
“Hei!!! Bangsat biadab!!!” Prabhava menjerkah. “Dia isteriku!!! Lebih baik kau jaga mulutmu itu!!!”
“Diam kau!!! Anjing Benggala!!!” balas Biduk Bota. “Dasar dagang merempat. Orang sepertimu tidak layak langsung memiliki seorang wanita sepertinya! Dan kau Adhi Vira … Panglima Jati Perkasa … Dewa Gunung. Kalau kau dan orang-orangmu anak jantan sejati … terimalah cabaranku ini.”
Di antara Adhi Vira, Prabhava dan tiga Panglima Muda, dua daripada mereka juga anak angkat Adhi Vira, saling pandang memandang.
“Ayah!” Prabhava bersuara. “Jangan dilayan cadangan si gila itu. Kita berkas saja dia dan saki-baki pengikut-pengikutnya … dan kita hukum mereka dengan hukuman yang setimpalnya.”
“Ya, Ayah!” sampuk Nibung Ulung. “Dia sudah kurang siuman. Sudah mati akal. Kita tidak perlu berunding dengannya lagi.”
“Wawa! Nibung!” balas Adhi Vira. “Adakah dema berdua juga masih meragui kemampuanku? Dan kemampuan dema sendiri?”
“Tidak, Ayah,” Pinang Jingga menjawab pantas. “Sedikitpun tidak.”
“Baiklah, Biduk Bota,” Adhi Vira menoleh kembali kepada musuh ketatnya. “Dengan bersaksikan khalayak rakyat yang hadir di sini … dengan bersaksikan gunung, bukit, sungai dan angin di wilayah ini … aku terima cabaranmu. Maka … hari ini akan menyaksikan perhitungan terakhir … di antara … Dewa Gunung dan Dewa Sungai!”
“Prabhava! Pinang Jingga! Nibung Ulung! Buluh Padu! Persediakan diri dema semua untuk menentang lawan masing-masing!” Adhi Vira menderam garau dengan suara nyaring bernada tegas memerintah.
Maka demikianlah berakhirnya peperangan dengan lima pusingan tempur satu lawan satu. Atas permintaan Biduk Bota dan saki baki angkatannya yang patah riuk terkena penangan Angkatan Dharmakusuma.
Mula-mula sekali Buluh Padu memburai tali perut lawannya berserta segala isinya dengan rembatan kerambitnya. Kemudian Nibung Ulung menebuk dada musuhnya dan menusuk jantungnya dengan keris tajung peninggalan datuknya. Seterusnya Pinang Jingga memenggal putus kepala Kebo Laro dengan libasan kelewangnya ketika dia menerpa liar hendak meradak perut Pinang Jingga dengan goloknya.
Demak Sawo pula menemui ajalnya di tangan Prabhava. Betisnya diperangkap oleh Prabhava ketika dia membuat sepakan libas ke arah muka Prabhava. Tubuhnya lalu dijulang tinggi oleh Prabhava, kemudian dihempap pada lututnya, lantas patah remuk tulang belakangnya. Ketika dia masih meraung kesakitan, Prabhava memaut dan memulas kepalanya lalu mematahkan tengkuknya, lantas segera menamatkan deritanya.
Di perlawanan terakhir, Biduk Bota digodam teruk oleh Adhi Vira yang juga hanya bersenjatakan tangan, kaki, siku, lutut dan kepala. Biduk Bota bukanlah calang-calang pahlawan. Dia sendiri yang mencabar Adhi Vira untuk bertarung tanpa senjata. Namun, ternyata dia bertemu buku dengan ruas. Akhirnya dia lembik lesu, bengkak mencobong seluruh mukanya, lebam hampir tertutup kedua belah matanya, serta patah kaki kirinya, lengan kanannya, bahu kirinya dan beberapa tulang rusuknya.
Biduk Bota merayu-rayu mohon ampun, namun khalayak yang kini berkerumun penuh menonton perlawanan sengit menentang permintaannya sekeras-kerasnya.
“Kandang buaya! Kandang buaya!” mereka bertempik lantang. “Biar hari ini Biduk Bota pula yang menjadi jamuan Jaka Pelara!”
“Tunggu! Sabar dulu!” Adhi Vira cuba menghadang mereka daripada menyempurnakan hasrat buas mereka dan melunaskan dendam kusumat mereka.
Namun, mereka yang puluhan ramainya, yang diruntun rasa geram membuak-buak tidak mungkin terhalangkan lagi. Beberapa orang daripada mereka, Utih dan Uda di antaranya, menjulang tubuh Biduk Bota yang sudah lemah longlai itu lantas menghumbannya ke dalam kandang buayanya sendiri. Agar orang itu merasa sendiri betapa siksa dan ganasnya hukuman yang sering dikenakannya di masa lalu kepada rakyat negeri yang menentang penindasannya.
Maka barulah terasa damai hati dua pahlawan muda, Pinang Jingga dan Nibung Ulung. Dendam kusumat yang sekian lama membakar diri kini terubat juga akhirnya. Sunggguhpun mereka tidak berpeluang melanyak dan membunuh Biduk Bota dengan anggota tubuh mereka sendiri.
§
§
§
Setiap pejuang Angkatan Dharmakusuma kini kelihatan bahagia gembira. Kemenangan gemilang yang diperoleh begitu menceria dan menguja jiwa. Hairannya, Nibung Ulung duduk terlepok sendirian di atas sebongkah tunggul kelapa buruk. Durjanya kelihatan agak muram.
"Nibung, mengapa kamu bermenung begitu? Kamu sepatutnya beriang gembira meraikan kemenangan kita. Ada sesuatu yang mengganggu fikiranmu?"
"Nibung, mengapa kamu bermenung begitu? Kamu sepatutnya beriang gembira meraikan kemenangan kita. Ada sesuatu yang mengganggu fikiranmu?"
"Nibung cuma terfikir, Ayah ... andainyalah kita semua kecundang dalam perlawanan satu lawan satu tadi ... bererti Biduk Bota akan terus berkuasa dan bermaharajalela di Bukit Panau ... dan di seluruh Lembah Sungai Kelantan ini. Sungguhpun sepatutnya pihak kita sudah menghapuskannya."
"Ohh ... itu yang menggugat jiwamu rupanya. Kamu ni ... memang selalu terlalu banyak berfikir. Sebenarnya ... Ayah sudah berpesan awal-awal lagi kepada Wawa dan Wangi ... bahawa sekiranya Buluh Padu sebagai pelawan pertama kita kelihatan terancam sengit ... ketiga pasukan Angkatan Dharmakusuma akan segera menyerang dan membunuh setiap saki baki bala tentera Biduk Bota dengan segala kekuatan yang kita miliki. Bermula dengan Biduk Bota sendiri. Supaya memastikan bahawa hasrat jahat Biduk Bota tidak kesampaian walau sedikitpun ... dan Wangsa Dharmakusuma serta Amdan Negara dapat terus berusaha untuk bangkit kembali."
"Tapi Ayah ... bukankah Ayah sudah memberi janji kepada Biduk Bota ... untuk meneruskan perlawanan itu?"
"Nibung. Janji adalah janji. Ia seharusnya ditepati. Namun Ayah tidak akan keberatan untuk melanggar janji ... lebih-lebih lagi janji kepada seorang yang sejahat dan sezalim Biduk Bota ... demi membela walau seorang pahlawan sendiri."
"Kalau begitu ... mengapa pula Ayah menerima cabaran Biduk Bota pada mulanya? Memaksa kita semua menyabung nyawa tanpa perlu? Bukankah perbuatan itu membahayakan diri kita semua dengan sia-sia?"
"Tidak. Ia bukan sesuatu yang sia-sia. Ayah mahu memberi peluang kepada dema semua ... untuk menguji dan mempamer kehandalan dema."
"Hanya untuk menguji dan mempamer?"
"Lebih daripada itu, Nibung. Ia juga memperbaik dan mempertingkat kemampuan dan yakin diri dema semua. Demi kesejahteraan Amdan Negara sendiri di hari muka. Bukankah kau sendiri yang pernah mengatakan ... ingin menjadi seorang pahlawan hebat? Maka kehebatan itu tidak mungkin tercipta ... hanya dengan latihan bersama rakan ... ataupun dengan menentang musuh yang sembarangan. Itu sekadar sebagai membina tapak dan asas."
"Habis bagaimana pula?"
"Kehebatan hanya mungkin terjadi secara beransur-ansur ... dengan tempur demi tempur demi tempur ... menentang lawan yang juga hebat. Suatu hari nanti ... jika kau berjaya menjadi seorang pahlawan hebat ... seorang panglima bengis yang disegani ... baru kau akan memahaminya."
"Ummm ... begitu rupanya caranya."
"Mari, Nibung. Haiwan durjana yang telah menganiayai kedua orang tuamu pun sudah terhukum dengan sebaiknya. Mari ikut bersama bergembira dengan rakan-rakan lain. Tidak elok bermuram durja seorang diri ketika orang lain bersuka hati."
"Baik, Ayah."
"Tapi Ayah ... bukankah Ayah sudah memberi janji kepada Biduk Bota ... untuk meneruskan perlawanan itu?"
"Nibung. Janji adalah janji. Ia seharusnya ditepati. Namun Ayah tidak akan keberatan untuk melanggar janji ... lebih-lebih lagi janji kepada seorang yang sejahat dan sezalim Biduk Bota ... demi membela walau seorang pahlawan sendiri."
"Kalau begitu ... mengapa pula Ayah menerima cabaran Biduk Bota pada mulanya? Memaksa kita semua menyabung nyawa tanpa perlu? Bukankah perbuatan itu membahayakan diri kita semua dengan sia-sia?"
"Tidak. Ia bukan sesuatu yang sia-sia. Ayah mahu memberi peluang kepada dema semua ... untuk menguji dan mempamer kehandalan dema."
"Hanya untuk menguji dan mempamer?"
"Lebih daripada itu, Nibung. Ia juga memperbaik dan mempertingkat kemampuan dan yakin diri dema semua. Demi kesejahteraan Amdan Negara sendiri di hari muka. Bukankah kau sendiri yang pernah mengatakan ... ingin menjadi seorang pahlawan hebat? Maka kehebatan itu tidak mungkin tercipta ... hanya dengan latihan bersama rakan ... ataupun dengan menentang musuh yang sembarangan. Itu sekadar sebagai membina tapak dan asas."
"Habis bagaimana pula?"
"Kehebatan hanya mungkin terjadi secara beransur-ansur ... dengan tempur demi tempur demi tempur ... menentang lawan yang juga hebat. Suatu hari nanti ... jika kau berjaya menjadi seorang pahlawan hebat ... seorang panglima bengis yang disegani ... baru kau akan memahaminya."
"Ummm ... begitu rupanya caranya."
"Mari, Nibung. Haiwan durjana yang telah menganiayai kedua orang tuamu pun sudah terhukum dengan sebaiknya. Mari ikut bersama bergembira dengan rakan-rakan lain. Tidak elok bermuram durja seorang diri ketika orang lain bersuka hati."
"Baik, Ayah."
§
Dua orang gadis kelihatan tergesa-gesa meninggalkan pekarangan Mahligai Gemilang Sakti. Mereka masing-masing menjunjung sebakul barang-barang. Wajah mereka nampak gugup, dan mereka seperti agak cemas dan ketakutan.
"Dema berdua nak kemana tu?" Adhi Vira menyapa.
"Er ... umm ... kami ... kami ... sekadar ingin pergi dari sini ... Tuan," seorang daripada mereka menjawab.
"Habis ... ke manakah gerangan arahnya?"
"Habis ... ke manakah gerangan arahnya?"
"Entahlah ... Tuan," ujar yang seorang lagi. "Kami hanya berjalan mengikut kaki. Ke mana kaki membawa ... ke situlah kami menghala. Hendak pulang ke kampung halamanpun ... rasanya ... tiada lagi saudara mara yang sudi menerima."
"Dema orang suruhan Biduk Bota kah?" Kedua gadis itu tunduk memandang tanah ... seperti soalan yang diajukan agak sukar hendak dijawab.
Adhi Vira berfikir sejenak. "Baiklah. Kalau dema tiada tempat tujuan ... teruslah sahaja tinggal di sini bersama kami. Jangkanya ... keluarga hamba ... akan memerlukan bantuan dema berdua ... untuk membantu kami berkemas-kemas dan sebagainya. Itupun kalau dema berdua tidak keberatan."
"Kami berdua ... tidak akan menganggu keselesaan Tuan ... atau menyusahkan Tuan?"
"Oh, tentunya tidak," ujar Adhi Vira. "Tidak sekali-sekali. Mahligai ini terlalu besar untuk anak hamba mengurus dan menjaganya seorang diri. Dia pasti gembira jika dema berdua boleh membantunya."
Dua gadis itu saling toleh menoleh, saling pandang memandang di antara mereka. Wajah mereka seperti lega dan ceria semula.
Penduduk seluruh Amdan Negara sebulat suara bersetuju melantik Adhi Vira menjadi Narapati atau Pemerintah Wilayah yang baru. Maka Adhi Vira segera melantik dirinya sendiri sebagai Senapati atau Panglima Agung. Anaknya Kembang Seri Wangi dilantiknya menjadi Timbalan Narapati, manakala menantunya Prabhava menjadi Timbalan Senapati. Pinang Jingga, Nibung Ulung dan Buluh Padu ketiga-tiganya diangkat menjadi Panglima Muda.
Mahligai Gemilang Sakti dinamakan semula dengan nama asalnya, Mahligai Dharmakusuma. Sebaik sahaja menduduki semula istana warisan wangsa itu, yang terlepas daripada genggaman sekian lama, Adhi Vira segera mengutus watikah rasmi demi mempersegar semula hubungan persahabatan dengan Kedah Negara, Gangga Negara, Patani Seri Negara, Terengganu Primula Negara, Pahang Indera Pura dan Gelanggi Ayu.
“Tidakkah kita perlu mengutus watikah serupa kepada Maharaja Chulamani Varma Deva, Ayah?” Prabhava bertanya kepada mertuanya.
“Buat masa ini, tidak perlu. Kita tunggu dan lihat dulu bagaimana tindak tanduk Palembang terhadap kita. Kalau kita terlalu gopoh berutus watikah kepada mereka, kita akan dianggap terlalu lemah dan terlalu gentar kepada mereka. Biar mereka berada dalam keadaan tidak dapat menjangka kekuatan kita. Lagipun, mereka pasti akan mendapat khabar angin tentang peristiwa di sini daripada para pedagang dan saudagar yang menyinggahi Palembang.”
“Habis, apa perancangan lain yang harus kita buat berhubung Palembang, Ayah?”
“Buat persediaan untuk ke sana segera dalam dua pasukan. Secara menyamar dan senyap-senyap. Pasukan Kuda Semberani menyamar sebagai rombongan dagang dari Benggala. Seperti biasa, kau yang mengetuainya, menyamar sebagai juragan Benggala yang membawa beberapa buah kapal dagang. Anggota lain pasukanmu menyamar sebagai anak kapal. Dapatkan lagi seramai mungkin pemuda Benggala untuk mengisi kapal-kapalmu supaya kelihatan lebih meyakinkan.”
“Pasukan yang satu lagi?”
“Nibung Ulung yang akan mengetuainya, dibantu oleh Buluh Padu. Mereka akan menyamar sebagai perantau biasa. Pasukannya akan berpecah-pecah kepada kumpulan kecil dan tiba di Palembang secara berasingan. Hanya pasukanmu yang akan tiba serentak. Kedua pasukan akan membuat intipan dan perisikan terhadap sikap dan gerak geri Palembang terhadap Amdan Negara. Lalu melaporkan kembali segala yang diperoleh kepadaku. Kalau suasananya diyakini selamat, baru nanti ku hantar Pinang Jingga untuk mengetuai rombongan persahabatan ke sana. Itupun dengan pasukanmu dan pasukan Nibung Ulung masih berada di sana, sebagai gerombolan penyelamat, kiranya pasukan Pinang Jingga menghadapi sebarang ancaman luar jangka.”
"Ummm ... bagaimana kalau ... perisikan kita membayangkan ... bahawa Palembang sedang merancang untuk menyerang kita?"
"Kirimkan berita itu segera kepadaku. Kemudian pasukanmu serta pasukan Nibung Ulung kedua-duanya pulang segera ke Amdan Negara. Kita akan buat persediaan untuk menghadapi bala tentera Palembang di sini. Dan dalam perjalanan kamu berdua pulang ke sini ... singgah di Gelanggi Ayu ... dan dapatkan seramai mungkin pahlawan perantau yang sanggup berkhidmat dengan Angkatan Dharmakusuma. Tidak kira apa bangsa mereka ... termasuk pahlawan dari Pulau Jawa, Pulau Berunai serta Pulau Sulawesi ... asal saja mereka boleh memberi janji setia kepada Amdan Negara. Kita akan menilai kesetiaan mereka dengan halus dan rapi kemudiannya."
"Ummm ... bagaimana kalau ... perisikan kita membayangkan ... bahawa Palembang sedang merancang untuk menyerang kita?"
"Kirimkan berita itu segera kepadaku. Kemudian pasukanmu serta pasukan Nibung Ulung kedua-duanya pulang segera ke Amdan Negara. Kita akan buat persediaan untuk menghadapi bala tentera Palembang di sini. Dan dalam perjalanan kamu berdua pulang ke sini ... singgah di Gelanggi Ayu ... dan dapatkan seramai mungkin pahlawan perantau yang sanggup berkhidmat dengan Angkatan Dharmakusuma. Tidak kira apa bangsa mereka ... termasuk pahlawan dari Pulau Jawa, Pulau Berunai serta Pulau Sulawesi ... asal saja mereka boleh memberi janji setia kepada Amdan Negara. Kita akan menilai kesetiaan mereka dengan halus dan rapi kemudiannya."
§ § §
Keadaan di Palembang ternyata baik dan tidak menunjukkan ada sebarang ancaman. Tiada sebarang tanda atau desas-desus bahawa Palembang akan mengambil sebarang tindakan balas terhadap Amdan Negara. Malah, sesetengah golongan rakyat di sana pula ghairah bercerita tentang kehebatan Angkatan Dharmakusuma menghancurkan bala tentera Biduk Bota di Amdan Negara. Terutamanya kisah lima pahlawan terbaik Amdan Negara menumpaskan lawan mereka daripada kalangan Biduk Bota dan orang-orangnya dalam pertempuran satu lawan satu. Maka watikah perdamaian pertama diutus kepada Maharaja Chulamani. Maklumlah, negeri kecil mustahil berlagak gedeber dengan negeri besar. Kecuali jika terdesak ataupun tiada pilihan.
Amdan Negara memangnya tidak sebesar mana;
Mustahil sebanding dengan Palembang Srivijaya;
Seperti kucing dengan Pak Belang Garang;
Bagai ayam hutan dengan Sang Helang Gemilang;
Ibarat kambing mengembik dengan Gajah Berang;
Maka terimalah ufti ini yang tidak sepertinya;
Tanda bersahabat dan berdamai sepanjang masa.
Antara rakyat kami dan rakyat Palembang;
Adalah suku yang sepunca; Bangsa yang bersaudara;
Serumpun, serimbun, seperudu, seibu;
Keduanya adalah Melayu; Bezanya cuma satu;
Kami Melayu Gunung; Dema Melayu Pulau;
Maka, janganlah kita berseteru selamanya;
Agar abadi kita semua sejahtera;
Demikian sebahagian daripada madah isi watikah yang dikirimkan. Begitu merendah diri gayanya. Bertujuan meredakan kemurkaan Maharaja Chulamani jika itu terjadi, dan mengelakkan serangan balas dendam daripadanya. Sekurang-kurangnya sehingga Amdan Negeri sendiri cukup bersedia dan berkemampuan untuk beradu kegagahan dengan Palembang Srivijaya suatu hari nanti.
Sebaik watikah berbalas dengan baik dan sopan bunyi isi kandungannya, Panglima Muda Pinang Jingga, diiringi oleh tiga puluh orang pahlawan terpilih, berkunjung ke Palembang sebagai utusan persahabatan. Membawa bersamanya ufti serta beraneka jenis hadiah dan cendera hati buat membujuk hati maharaja.
“Terutama sekali, jangan kau terlupa,” Adhi Vira berpesan kepada Pinang Jingga. “Katakan kepada Maharaja Chulamani … biarlah Palembang terus menjadi negeri abang … dan biarlah Amdan Negara terus menjadi salah satu daripada adik-adiknya … dan bila-bila sahaja Palembang memerlukan … kiranya terancam oleh sebarang musuh … Amdan Negara sebagai negeri adik … akan membuat pertimbangan … untuk menghantar segerombolan pejuang terhandalnya … untuk membantu sang abang.”
Mujurnya, rombongan Pinang Jingga diterima dan dilayani dengan baik oleh Maharaja Chulamani. Seterusnya, Pinang Jingga membawa pulang hadiah balas daripada Maharaja Chulamani.
Seterusnya, bala tentera Dharmakusuma diperbesar dan diperteguh lagi, serta dipastikan sentiasa dalam keadaan bersiap siaga. Kata orang, malang tidak berbau. Begitu juga, musuh tidak menentu.
§ § §
Maka demikianlah kisahnya. Putera Adhi Vira, atau Panglima Jati Perkasa, dengan bantuan anaknya Kembang Seri Wangi, menantunya Putera Prabhava dan dua orang anak angkatnya, Pinang Jingga dan Nibung Ulung, akhirnya berjaya merampas kembali Mahligai Dharmakusuma. Bangunan istana lambang warisan Wangsa Dharmakusuma sebagai raja negeri Amdan Negara sejak turun temurun di Bukit Panau. Merampasnya kembali daripada tangan kerabat penjajah yang bersekongkol dengan gerombolan lanun, penyangak dan penyamun.
Namun begitu, bala tentera Wangsa Dharmakusuma pimpinan Adhi Vira belum cukup perkasa untuk mengisytiharkan kemerdekaan sepenuhnya bagi bumi Amdan Negara daripada pertuanan kerajaan Palembang Srivijaya. Maka Adhi Vira, selaku Pembesar baru yang memang lebih berhak ke atas Amdan Negara, terus menerus menghantar bayaran ufti setiap tahun kepada Palembang sebagai tanda akuan pertuanan. Begitupun, rakyat jelata rata-rata terus memegang harapan bahawa suatu masa nanti di hari muka akan muncul kesempatan gemilang untuk sesuatu seperti itu tercipta.
Chulamani Varma Deva, maharaja Palembang Srivijaya, rupa-rupanya tidak begitu ambil kisah. Baginya, Biduk Bota cuma saudara bau-bau bacang dengannya. Bukannya dia dilantik secara rasmi oleh baginda menjadi Pembesar bagi Amdan Negara. Hanya Biduk Bota yang pandai-pandai melantik dirinya sendiri. Lagipun, Biduk Bota sering menimbulkan masalah kepada Palembang. Dia terlalu tamak haloba terhadap kekayaan harta benda, mengutip cukai yang tinggi keterlaluan daripada penduduk.
Dia juga gemar bersekongkol dengan gerombolan lanun, perompak dan penyamun yang memberikannya sebahagian harta rampasan mereka sebagai habuan. Selain itu, dia dan konco-konconya sering mengganggu wanita, baik anak gadis mahupun isteri orang, di wilayah yang dikuasainya demi melayani tuntutan nafsu mereka. Lalu semua itu mencetus kebencian penduduk tempatan terhadap mereka.
Yang lebih penting lagi, bagi Chulamani sebagai seorang raja besar, sesiapa yang menjadi Pembesar sebarang wilayah takluknya harus mendapat sokongan padu rakyat tempatan. Di samping tunduk kepada kekuasaannya serta tidak mencabar pertuanannya. Maka bagi Chulamani, lebih sesuai jika seorang pewaris Wangsa Dharmakusuma yang bertokoh lagi berwibawa memimpin Amdan Negara sebagai Pembesar. Kerana ia akan membuat wilayah itu lebih aman damai dan makmur sentosa, maka akan lebih menguntungkan lagi kepada seluruh persekutuan Palembang Srivijaya.
Sementelah pula Palembang kini berseteru berpanjangan dengan Mataram. Raja Mataram, Dharmavamsa Teguh Ananta Vikrama Deva, seolah-olah masih menyimpan dendam kusumat yang tak kunjung padam terhadap Palembang. Sungguhpun semua bekas wilayah milik kerajaan Sailendra telah dirampas oleh nenek moyang baginda, bermula di zaman Rakai Pikatan, namun keghairahannya untuk memperluas wilayah dan mengembangkan kuasa seakan tak kunjung reda. Seperti ada pihak lain yang dalam senyap-senyap sentiasa mengadu domba. Maka Chulamani kini memerlukan segala kekuatan yang ada padanya untuk menentang dan menangkis sebarang ancaman yang mungkin timbul dari arah Mataram.
Chulamani cuba melaporkan tentang serangan-serangan Mataram ke atas wilayahnya kepada Maharaja Tai Zong, maharaja baru kerajaan Song. Baginda berharapan maharaja itu dapat membantu mengusahakan penyelesaian terhadap sengketa di antara Palembang dan Mataram. Anehnya, didengarinya pula bahawa pihak Mataram juga membuat laporan hampir serupa tentang sengketa mereka dengan Palembang, tetapi mereka tidak memberitahu maharaja itu bahawa pihak merekalah yang menyerang Palembang.
Di samping itu, Chulamani juga perlu memantau perkembangan siasah di negeri-negeri lain yang lebih besar dan terletak lebih jauh di utara, di tanah besar Suvarna Bhumi. Maharaja Jayavarman, maharaja Kemboja Negara, sudah agak lewat usianya. Maka pasti akan terjadi perebutan takhta andainya baginda mangkat.
Lalu sebarang tempias daripada gejolak itu berkemungkinan menjejas keutuhan dan kemantapan negeri-negeri takluk Palembang Srivijaya di bahagian utara Semenanjung Emas yang agak berhampiran dengannya, seperti Kedah Negara dan Patani Seri Negara. Juga Negara Seri Dharmaraja yang rajanya, Raja Sujita yang bersemayam di kota Tambra Lingga, punya pertalian darah yang rapat dengan Palembang Srivijaya sekaligus Kemboja Negara.
Manakala ke arah utara Pulau Sumatra pula, negeri-negeri Perlak dan Samudera Pasai sedang naik daun dengan bersemaraknya suatu ajaran baru. Ajaran bernama Islam, dibawa oleh saudagar Arab dan Parsi dari Rantau Barat.
Lalu sebarang tempias daripada gejolak itu berkemungkinan menjejas keutuhan dan kemantapan negeri-negeri takluk Palembang Srivijaya di bahagian utara Semenanjung Emas yang agak berhampiran dengannya, seperti Kedah Negara dan Patani Seri Negara. Juga Negara Seri Dharmaraja yang rajanya, Raja Sujita yang bersemayam di kota Tambra Lingga, punya pertalian darah yang rapat dengan Palembang Srivijaya sekaligus Kemboja Negara.
Manakala ke arah utara Pulau Sumatra pula, negeri-negeri Perlak dan Samudera Pasai sedang naik daun dengan bersemaraknya suatu ajaran baru. Ajaran bernama Islam, dibawa oleh saudagar Arab dan Parsi dari Rantau Barat.
Lalu hasrat Adhi Vira sekian lamapun tercapailah kini. Pelbagai masalah lain yang lebih meruncing membuat pihak Palembang tidak begitu berselera untuk ambil kisah dengan terlalu terperinci terhadap apa yang berlaku di Amdan Negara.
Maka Mahligai Dharmakusuma, lambang kemegahan Wangsa Dharmakusuma sejak zaman berzaman, beralih semula kepada pemiliknya yang asal. Wangsa Dharmakusuma dengan itu bangkit kembali, teguh berdiri, gagah mandiri. Bak kata orang, sirih pulang ke tampuk, pinang pulang ke gagang.
Maka Mahligai Dharmakusuma, lambang kemegahan Wangsa Dharmakusuma sejak zaman berzaman, beralih semula kepada pemiliknya yang asal. Wangsa Dharmakusuma dengan itu bangkit kembali, teguh berdiri, gagah mandiri. Bak kata orang, sirih pulang ke tampuk, pinang pulang ke gagang.
§ § §
No comments:
Post a Comment