“Sekarang kita dengar pulak cerita Naga Sakti Muna, Dewi Sungai dan Kuda Semberani,” ujar Utih.
Maka si Uda pun berceritalah pula cerita yang kedua.
Sekali persetua … maka tersebutlah sebuah kisah … yang berlaku di zaman dahulu kala. Maka adalah sebuah negeri … letaknya di bumi Langkasuka ini … namanya Sejahtera Pura. Dinamakan demikian negerinya … kerana ia sentiasa aman damai dan makmur sejahtera … dan seluruh rakyat jelatanya hidup bahagia … di bawah perintah seorang raja gemilang yang mentadbir negeri dengan adil dan saksama. Buminya kaya raya dengan pelbagai hasil alam.
Tanahnya subur … sering dibasahi hujan pembawa rahmat … yang juga menghasilkan banyaknya sungai yang terbit di puncak gunung nan tinggi … lalu mengalir merentasi bukit dan bukau … seterusnya meniti tanah pamah dan datar … menyuburkan seluruh bumi sekeliling … hingga akhirnya sampai ke laut … membolehkan para petani bercucuk tanam dengan apa jua jenis tanaman … dan berternak barang apa jenis haiwan ternak.
Arakian, kerana kemakmurannya, Sejahtera Pura menjadi tumpuan para pedagang, saudagar, perantau dan pengembara dari serata bumi. Maka dengan berlalunya masa … semakinlah bertambah lagi kekayaan negeri … hingga perihal kemewahan seluruh negeri berserta kemakmuran rakyat jelatanya tersebar jauh dan dekat.
Nibung dan Pinang kedua-duanya semakin lama beransur semakin luas mulut mereka melopong.
Sebagai langkah melindungi rakyat dan negeri daripada sebarang ancaman, rajanya berhasrat membina sebuah bala tentera yang lengkap bersenjata dan cukup berwibawa. Namun, bilangan penduduk anak negeri yang berminat untuk berkhidmat sebagai anggota bala tentera tidak mencukupi. Kerana kebanyakan mereka rata-rata lebih gemar berkecimpung dalam kegiatan lain yang tidak begitu mencabar sekaligus berbahaya … tetapi memberikan ganjaran yang lebih lumayan.
Maka, sebagai langkah penyelesaian sementara, raja itu terpaksa membuka luas peluang berkhidmat sebagai anggota bala tentera kepada semua orang, tidak kira sama ada mereka anak negeri ataupun sebaliknya. Maka, ramailah daripada golongan pengembara dan perantau berkelana yang datang berduyun-duyun menawar diri untuk berkhidmat, memburu ganjaran amat lumayan yang ditawarkan, berbanding dengan di tanah air mereka sendiri.
Malang tidak berbau … dikalangan segelintir daripada mereka itu … ada yang tidak tahu mengenang budi … diberi bunga dibalas tahi … diberi susu dibalas tuba. Bukan setakat itu sahaja … bahkan lebih lagi … ada yang rupa-rupanya menjadi perisik sulit kepada negeri asal mereka. Umpama duri di dalam daging … seperti gunting di dalam lipatan. Maka akhirnya negeri Sejahtera Pura diserang dan kecundang … buminya lalu ditakluk oleh penceroboh dari seberang.
"Wei, buruknya orang-orang tu," Nibung mengulas. "Tak patut kita buat baik dengan orang macam tu."
"Wei, buruknya orang-orang tu," Nibung mengulas. "Tak patut kita buat baik dengan orang macam tu."
§
Maka … setelah sekian lama tanah air mereka dijajah dan dijarah … rakyat jelata negeri Sejahtera Pura tidak tertahan lagi diperas dan ditindas. Hidup mereka kini tidak ubah seperti melukut di tepi gantang … sentiasa dihina dan dinista oleh kaum penjajah … dihormati jauh sekali … diri mereka merempat di bumi sendiri. Demikianlah jadinya … nasib sesuatu kaum … sesudah pertiwi mereka ditakluk dan dijajah.
"Hah, kejap lagi nak berperang la tu," Pinang menyampuk.
"Hah, kejap lagi nak berperang la tu," Pinang menyampuk.
Akhirnya bangkitlah mereka memberontak, lalu menentang dan memerangi bala tentera penjajah yang jumlahnya dua puluh lima kali ganda lebih ramai daripada mereka. Sungguhpun angkatan pemberontak jauh lebih kecil, namun mereka berbekalkan semangat juang yang tinggi menjulang, cekal hati dan waja diri, berserta jiwa gedeber yang tidak kenal gerun atau gementar. Maka dua bala tentera itu berperang enam hari enam malam, kedua pihak tiada jua beroleh sebarang kelebihan.
Untuk melenyapkan kelebihan jumlah berlipat ganda yang ada pada pihak musuh, angkatan pembela menghadapi dan mengasak bala tentera penakluk dari lima penjuru di kawasan bukau yang sempit di antara dua buah bukit. Maka walaupun angkatan musuh begitu ramai, mereka terpaksa bertempur dalam keadaan terkepung dan tidak dapat bertindak bebas, lalu begitu terbantut serta tak tentu hala rancang cara dan gaya tempur mereka.
Membuat pergerakan mereka sentiasa kelam kabut, berterabur dan porak peranda. Berbanding pejuang pembela yang walaupun sedikit bilangannya sentiasa lincah dan lancar cara tempurnya. Mereka menggunakan pasukan pemanah, pasukan penyumpit serta pasukan gerak pantas yang menonggang kuda, kerbau dan lembu yang cekap terlatih sebagai haiwan tempur.
Dari pagi hingga ke senja angkatan pembela dan bala tentera penjajah bertempur, di waktu malam mereka berhenti untuk berehat serta makan minum dan tidur. Yang cedera ringan dirawat oleh para tabib agar mereka boleh sambung berperang keesokan harinya. Yang cedera parah berundur diri, merenung hidup sengsara dengan ilat kekal atau kudung anggota yang bakal mereka tempuhi hingga ke akhir hayat. Yang maut pula tubuh mereka bergelimpang bersempalai bagai pokok tumbang terpukul badai, menanti dibaham oleh mergastua buas atau dipagut unggas pembangkai hingga habis tiada tinggal bakinya walau secebis.
Menjelang hari ketujuh, angkatan pembela mula diruntun kelesuan, manakala bala tentera pihak penjajah mula menunjukkan kelebihan kekuatan kerana jumlah mereka yang jauh lebih ramai.
"Ala, kalah ka rakyat tempatan?" Nibung merungut. "Geramnya aku."
"Ala, kalah ka rakyat tempatan?" Nibung merungut. "Geramnya aku."
§
Maka di antara segelintir golongan yang lebih tua daripada angkatan pembela … yang masih terkenangkan dongeng-dongeng rakyat dari zaman dahulu kala … mula mengusulkan supaya diseru semangat Naga Sakti Muna dan Dewi Sungai … iaitu dua pelindung dan pembela hebat di bumi Langkasuka ini … yang dipercayai mampu membantu mengubah nasib mereka.
"Muna tu ... apakah maksudnya ... Abang Uda?" tanya Kembang Seri Wangi.
Ada orang yang menjangka ... Muna itu mungkin adalah panggilan penduduk di bumi Langkasuka ini kepada orang-orang Mon yang mendiami negeri Dvara Vati, Hamsa Vati dan Sudharma Vati ... nun jauh dari sini di hala utara. Dikatakan orang-orang merekalah yang asalnya membawa kisah Naga Sakti Muna itu ke bumi Langkasuka ini.
"Pada hal nama Mon itu sendiri kemungkinan sebenarnya berasal daripada Mala, iaitu nama asal bagi seluruh bangsa serumpun yang mendiami bumi Langkasuka serta negeri-negeri ke utara daripadanya ... iaitu Dvara Vati, Hariphun Jaya, Hamsa Vati dan Sudharma Vati," Utih memberi penjelasan tambahan. "Hanya gaya tutur mereka yang berlainan."
Mulanya mereka agak bimbang … kerana ada yang mengatakan … Naga Sakti Muna dan Dewi Sungai … sekali sudah diseru dan menjelma … kadang kala mengakibatkan kemusnahan besar kepada nyawa dan harta benda … kerana kehebatan dan kesaktian mereka … sungguhpun pihak anak negeri berkemungkinan besar akan beroleh kemenangan … dengan bantuan mereka. Namun kerana terlalu terdesak maka tiada pilihan, lalu mereka terpaksa melaksanakan cadangan berbahaya itu.

“Naga Sakti Muna itu … adakah sejenis haiwan sakti?” Nibung bertanya.
Naga Sakti Muna itu sebenarnya jelmaan Dewa Gunung … iaitu dewa segala dewa bagi penduduk asal di bumi Langkasuka ini. Maka bolehlah ia dianggap sebagai sejenis haiwan sakti. Panjangnya enam puluh enam depa … ukur lilitnya lebih daripada dua pemeluk. Maka … Naga Sakti Muna itu … adalah amat hebat dan menakjubkan rupanya. Lalu … keindahan rupanya melambangkan kegagahan dan keberanian … kemegahan dan keagungan … kemuliaan dan kekesatriaan … serta kepintaran dan kesaktian … yang ada pada Dewa Gunung.
“Dewa Gunung itu … seperti Ayah kita … kan, Kak Wangi?” tanya Pinang kepada kakaknya.
“Itu sebenarnya sekadar gelaran yang yang diberikan kepadanya oleh pengikut-pengikut setianya, Dik,” jawab Kembang Seri Wangi memberi penjelasan. “Ayah kita cuma manusia biasa. Dia bukannya seorang dewa.”
“Tapi dia bukan manusia sembarangan. Dia seorang pahlawan yang amat hebat,” sampuk Utih. “Maka, kerana itulah dia mendapat jolokan Dewa Gunung.”
“Pak Cik Uda,” ujar Nibung. “Dewi Sungai tu … adakah dia sahabat Dewa Gunung?”
“Bagaimanakah rupanya Dewi Sungai itu, Pak Cik Uda?” Pinang pula bertanya.
Dewi Sungai itu … sebenarnya … adalah puteri kepada Dewa Gunung. Maka Dewi Sungai itu amatlah elok rupa parasnya … ayu jelita serta anggun berseri tiada tandingnya. Namun dia juga seorang pendeta bijaksana … di samping seorang serikandi gagah berani. Dia amat handal memanah serta bermain pelbagai senjata. Maklum sajalah … dia kan puteri kepada Sang Dewa Gunung.
Kenderaannya seekor angsa besar bertubuh emas … berkaki perak … dan berbulu emas. Sayapnya, bulu tengkuknya serta ekornya emas putih bertatah nilam, baiduri dan delima. Manakala matanya daripada permata zamrud biru menila bersinar gemerlapan. Maka Dewi Sungai itu kadang kala digelar orang juga Hamsa Vati ... iaitu dalam bahasa Sanskrit bermaksud Wanita Angsa.
Malah ada dongeng rakyat Mon yang mengatakan ... negeri Hamsa Vati itu pengasasnya adalah dua orang putera berbangsa Mala dari bumi Langkasuka ... namanya Sa Mala dan Vi Mala. Lalu mereka menamakan negeri baru mereka itu ... yang berpusat di kota Pegu ... Hamsa Vati Nagara ... yang bererti Kota Wanita Angsa. Namun lama kelamaan negeri itu hanya ringkas dipanggil orang Hamsa Vati.

Maka Naga Sakti Muna pun turunlah meluncur dari puncak kawasan pergunungan … bertolak ia di waktu tengah malam, gemalanya bersinar terang di dahi menyuluh cahaya menyilau terang benderang dalam kegelapan, culanya yang seakan tanduk rusa namun jauh lebih perkasa kelihatan segak gemilang.
Sekejap ia menjalar di tanah meniti bumi … sekejap meluncur deras di muka sungai … sekejap melayang di udara membelah angin yang bertiup kencang … merentas rimba belantara nan besar luas saujana mata memandang.

Manakala Dewi Sungai pula bergerak dari daerah hulu sungai yang terhulu letaknya … menonggang angsa gergasinya yang berkayuh di air begitu deras … sesekali terbang melayang pula di udara … menyusuri sungai mudik ke hilir sepantas layangan panah.
Sesampai mereka di medan tempur, oleh Naga Sakti Muna dan Dewi Sungai, keduanya segera bergelut berhempas pulas dengan segala kekuatan dan daya upaya, berusaha sehabis gigih untuk membantu pihak anak negeri menentang musuh-musuh rakyat negeri Sejahtera Pura, iaitu golongan penjajah. Namun, musuh-musuh mereka itu terlalu besar bala tenteranya, juga begitu banyak gajah-gajah perangnya.
Maka … Naga Sakti Muna akhirnya menjelma semula menjadi Dewa Gunung … lantas ia bertapa bersemadi seketika menyeru bantuan daripada seorang sahabatnya … dari sebuah negeri yang jauh … iaitu Dewa Angin. Maka kesudahannya datanglah Dewa Angin pantas memecut-mecut … dengan menjelma sebagai … Kuda Semberani.
Dari puncak kawasan pergunungan tempat kediamannya di negerinya sendiri … ia terbang melayang-layang … begitu laju layangannya setakat yang terupaya oleh tenaga saktinya … meredah awan gemawan di langit meluas … sekali-sekala ia meniti pelangi.
Tiadalah hentinya dari pagi hinggga ke malam … merentas benua dan samudera … hingga sampai ke bumi Langkasuka … dan akhirnya ia turun semula ke bumi … lalu menjejak kakinya … di negeri Sejahtera Pura.
Sesampainya ia di medan tempur terus ia menghambur musuh. Menerjah, menerajang, menggigit hingga koyak rabak, menghempap, memijak-mijak. Membinasakan seramai mungkin daripada mereka dengan kekuatannya yang mengatasi tiga ekor gajah jantan dewasa.
"Hah, tu lah!" Pinang bertempik. "Godam dema tu! Godam habis-habis. Dema ingat dema kuat sangat."
Manakala oleh Dewi Sungai pula diserunya semangat beberapa suku-sakat Naga Sakti Muna yang lain. Maka muncullah pula … satu demi satu … Naga Umbang, juga digelar Naga Antaboga, yang sungguh besar dari samudera yang amat dalam di hujung dunia … Naga Api yang menghembus lidah api raksaksa dari mulutnya … Naga Libas, dipanggil orang juga Naga Balun, yang melibas musuh dengan ekornya yang keras dan tajam bergerigis … Naga Bura yang menyembur racun bisa ke arah segala musuh … Naga Gentala yang duduk diam seperti seorang petapa sambil menyedut dan menelan mangsanya hidup-hidup … serta Naga Hari penunggu mata angin yang mencipta ribut taufan yang ganas untuk memporak-perandakan bala tentera musuh.
"Wei, wei!" Nibung bersorak. "Sekarang rakyat Sejahtera Pura ada peluang nak menang!"

Oleh Naga Api dihembusnya beberapa lidah api besar yang membakar hangus berpuluh pahlawan musuh berserta beberapa ekor gajah perang mereka. Berpuluh yang lain pula bersama gajah-gajah mereka huyung-hayang, seterusnya pengsan dalam berdiri dan terus tumbang, rebah menyembah bumi, terkena penangan semburan bisa Naga Bura.
Oleh Naga Hari pula terhasil angin puting beliung yang meniup menggoncang-goncang pejuang musuh yang lain, lalu terangkat tubuh-tubuh mereka tinggi ke udara, membuat mereka terumbang-ambing, melambung-lambung, terkial-kial dan terkapai-kapai di udara yang berangin kencang, sesudahnya terlontar mereka di pelbagai hala entah ke mana tercampak mereka akhirnya. Ada yang terhempap di batang pokok kayu atau di lereng bukit.
"Padan muka penjajah," Pinang mendengus. "Tu la dema ... jahat sangat."
Maka kemunculan Kuda Semberani dan lima naga lain itu mujurnya berjaya menyemarakkan semula semangat para pejuang tempatan yang telah kepenatan. Selepas beberapa hari berperang menentang bala tentera musuh yang berlipat ganda bilangannya berbanding dengan mereka sendiri.
Mereka seperti tiba-tiba beroleh tenaga baru. Tubuh yang lesu … hairannya terasa segar semula … kembali penuh bertenaga. Malah kuda, lembu dan kerbau perang mereka pun seperti naik meta semula, seolah-olah haiwan-haiwan itu juga terangsang oleh kehadiran sahabat yang muncul membantu entah dari mana dengan tak semena-mena.
Lalu angkatan pembela pun bangkit semula, diri mereka kini begitu bengis dan garang seperti dirasuk, ibarat tebuan yang terusik sarangnya. Setiap pejuang mereka mengamuk mengganas seperti dewa perang yang tiba-tiba murka terbakar sukmanya.
Mereka terus mengasak dan menghimpit musuh-musuh mereka dengan lebih hebat lagi. Akhirnya bala tentera penjajah hilang pedoman, di antara pahlawan mereka mula ada yang mengorak langkah seribu.
Gajah-gajah perang mereka pula seperti tiba-tiba kecut semangat lalu lari lintang pukang memecut-mecut di setiap hala meninggalkan medan perang, ada sesetengahnya yang merempuh, memijak dan memenyek orang-orang mereka sendiri apabila laluannya terhalang.
Kesudahannya, angkatan pembela berjaya menumpaskan saki baki bala tentera penjajah yang masih tinggal, lalu beroleh kemenangan penuh gilang-gemilang. Pejuang musuh yang tinggal ditawan, senjata mereka serta segala kelengkapan perang mereka yang lain dirampas.
"Wei, wei," Nibung bersorak lagi. "Sejahtera Pura menang! Penjajah kalah!"

“Sebuah kisah yang mengagumkan,” Adhi Vira melangkah masuk ke ruang utama rumahnya dari arah serambi, sambil bertepuk tangan tanda alu-aluan. “Tukang ceritanya pun amat pandai bercerita.”
“Ayah!” ujar Kembang Seri Wangi, tersentak sedikit. “Ayah mengintip kami semua rupanya.”
“Tidak, Wangi. Ayah tidak mahu mengganggu tumpuan dema semua. Termasuk juga tukang cerita. Dema kelihatan begitu ghalit belaka. Lalu Ayah senyap-senyap ikut duduk mendengar di serambi … sambil menghisap rokok daun … sampai ke tamat kisahnya.”
“Ayah,” Pinang lantas bersuara. “Mengapakah kita semua tidak menyeru Naga Sakti Muna dan Dewi Sungai … untuk membantu kita menentang pihak penjajah?”
“Ya, Ayah,” Nibung menyambung. “Kalau mereka berdua menjelma membantu orang-orang kita … disertai pula oleh Kuda Semberani … tentu pihak kita akan beroleh kemenangan.”
“Pinang, Nibung,” Adhi Vira mengelap mukanya yang dibasahi peluh. “Ayah percaya … suatu hari nanti … perkara sedemikian akan terjadi. Mungkin … hanya masanya yang sesuai belum tiba.”
Utih yang berdiri bersandar di jendela menoleh segera ke arah Adhi Vira, wajahnya seperti agak kehairanan. Adhi Vira mengenyitkan matanya sedikit kepada Utih, sangkanya tiada seorangpun daripada anak-anaknya yang ternampak isyarat sulitnya itu.
“Ayah,” Nibung bersuara. “Mengapa mata Ayah berkenyit begitu?”
“Oh! Tiada apa-apa,” jawab Adhi Vira, sambil menggosok-gosok matanya. “Mata Ayah termasuk habuk agaknya.”
“Ya lah, kan,” tambah si Utih. “Maklumlah … musim ini pun musim berangin … banyaklah habuk dan debu yang berterbangan di udara.”
Si Uda tersenyum bersahaja seorang diri. Kembang Seri Wangi kelihatan seperti berfikir jitu sejenak. Sejurus kemudian, dia ikut tersenyum sendirian.
§
“Ayah,” Pinang bersuara lagi. “Pinang nak belajar silat … dan seni tempur lain … seperti spei leth … juga seni bermain senjata. Pinang nak jadi seorang pahlawan suatu hari nanti … supaya Pinang boleh berjuang menuntut merdeka … untuk negeri kita.”
“Nibung pun begitu juga, Ayah. Nibung nak bertarung dengan orang-orang jahat Palembang yang kini masih bermaharajalela di Bukit Panau itu … dan membunuh mereka semua. Kerana merekalah yang menganiaya orang tua Nibung."
"Pinang pun sama, Ayah," sambung Pinang. "Ingin rasanya Pinang nak cincang lumat-lumat tubuh semua mereka itu."
“Wangi pun nak belajar juga, Ayah,” Kembang Seri Wangi yang terdiam sekian lama sebelumnya tiba-tiba bersuara. “Wangi nak jadi seorang serikandi … serikandi pembela pertiwi yang hebat … seperti Dewi Sungai.”

“Bagus! Itu semua bagus!” balas Adhi Vira. “Ayah akan mula dengan mengajar dema bertiga ilmu memanah. Tapi … buat masa ini … dema semua belum cukup dewasa untuk belajar bermain senjata lain. Bagaimana kalau … dema semua belajar peringkat asas seni tempur … dengan Utih dan Uda terlebih dahulu? Bila dema sudah cukup sedia untuk belajar peringkat lanjutan nanti … baru Ayah sendiri yang akan mengajar dema.”
“Wei! Wei! Itu hebat!" ujar Pinang. "Kita mula pagi besok, boleh tak, Pak Cik Utih, Pak Cik Uda?”
“Bagaimana, Utih, Uda? Dema berdua sanggupkah mengajar anak-anak hamba?”
“Sanggup tu, sanggup, Tuan. Cuma … masaalahnya … kami tidak punya sebarang pekerjaan tetap di sini. Jadi … sukar bagi kami nak menyara diri, Tuan.”
“Bagaimana kalau … dema berkerja dengan hamba? Dema ada masalah untuk meninggalkan keluarga dema untuk sementara?”
“Kami tidak punya keluarga rapat lagi, Tuan” jawab Utih. “Semua orang tua kami terkorban angkara serangan ganas Biduk Bota dan konco-konconya.”
“Si binatang durjana itu juga! Dialah yang menjadi punca segala angkara di bumi ini! Mengapa dema tidak memaklumkan itu kepada hamba terdahulu dari ini?”
“Kami tidak mahu membebankan Tuan dengan masalah peribadi kami, Tuan,” kata Uda.
“Habis di mana dema berdua tinggal kini?”
“Di antara Uda dan hamba … bersaudara sepupu," ujar Utih. "Seperti Nibung dan Pinang juga. Dulunya … kami tinggal bersama datuk dan nenek kami. Tapi sejak mereka meninggal dunia … kami tinggal hanya berdua ... di teratak buruk peninggalan mereka.”
“Kerja dema?”
“Kami mengambil upah melakukan sebarang kerja … yang termampu kami lakukan … kerja-kerja yang ditawarkan kepada kami oleh penduduk kampung.”
“Kalau begitu … bermula saat ini … dema bekerja dengan hamba. Kita bersama-sama bina dua buah biilik tambahan untuk dema berdua di rumah hamba.”
“Wei! Wei!,” ujar Pinang. “Nanti tiap-tiap hari kita boleh belajar silat dan spei leth.”
“Dan mendengar cerita,” tambah Nibung.
§
“Pinang, Nibung,” Adhi Vira meneguk air nira dari tukil buluhnya, meredakan haus dahaganya selepas sepagi bertungkus lumus di kebun sayur. “Kisah Naga Sakti Muna, Dewi Sungai dan Kuda Semberani hanyalah sekadar sebuah dongeng rakyat yang malar segar … tak lapuk dek zaman. Ayah sendiripun tetap takjub setiap kali mendengar kisah itu ... sejak kecil sehingga kini. Namun … tidak dapat kita pastikan sama ada mereka memang benar-benar wujud ataupun tidak. Sepanjang pengetahuan Ayah … tiada seorangpun orang yang Ayah kenali yang pernah melihat kelibat mereka. Jauh sekali Ayah sendiri.”
“Tapi Ayah,” Kembang Seri Wangi pula berhujah. “Orang-orang di seluruh bumi Langkasuka … terutama sekali di Kelantan Amdan Negara ini … amat mempercayainya. Tidakkah kisah ini boleh kita manfaatkan sebagai suatu perangsang semangat untuk mereka?”
“Itu mungkin berlaku, Wangi. Kerana, seperti katamu, orang-orang kita amat mempercayainya. Bagaimanapun, kita juga harus sentiasa ingat, bahawa persediaan untuk bertempur dan berperang di dunia nyata cuma boleh dibuat berdasarkan benda dan perkara yang sahih dan pasti. Kita tidak boleh terlalu bergantung harap kepada sesuatu yang hanya wujud dalam alam khayalan.”
“Jadi pada dongeng Naga Sakti Muna itu tiada apa nilainya langsung?” soal Kembang Seri Wangi lagi, seperti tidak begitu berpuas hati.
“Nilainya memang ada, Wangi. Tetap ada, iaitu pengajaran yang dibawa olehnya,” jawab bapanya. “Bolehkah kamu bertiga menyingkap apa pengajarannya yang terkandung dalam kisah Naga Sakti Muna, Dewi Sungai dan Kuda Semberani?”
“Antaranya … jika tidak berputus asa dalam sesuatu perjuangan … dan kita terus berjuang dengan sepenuh semangat … akhirnya kita akan berjaya,” ujar Nibung.
“Bila kita menghadapi cabaran yang amat besar … misalnya kita terpaksa menentang musuh yang jauh lebih gagah daripada kita … ada baiknya kita juga berusaha mendapatkan bantuan daripada pihak yang berkemampuan dan berkesanggupan untuk membantu kita,” Pinang memberi pandangannya.
“Pintar akal dan bijaksana … disokong dengan keyakinan serta semangat tabah dan gigih yang tidak kenal kalah … boleh memberi kita kemenangan walaupun apabila menentang musuh yang jauh lebih hebat daripada kita,” ujar Kembang Seri Wangi. “Misalnya, angkatan pembela menghadapi musuh yang berlipat ganda jumlahnya melebihi mereka di tempat yang sempit dan sesak, dengan itu menyukarkan pergerakan musuh serta melenyapkan kelebihan mereka. Di samping menyerang dan mengasak mereka dengan pelbagai cara."
"Selainnya lagi?"
"Juga, sebaiknya kita mempunyai sahabat dan sekutu yang setia serta boleh diharap. Supaya andainya kesejahteraan kita terancam sengit dan kita tidak cukup berupaya, masih akan ada pihak yang sanggup membantu dan membela kita," sambung Kembang Seri Wangi.

“Ayah,” Pinang bersuara. “Kata orang-orang di sini … Ayah pahlawan hebat … belum ada tandingannya. Betul ka, Yah?”
“Ya, Ayah,” Nibung menambah. “Nibung pun selalu dengar begitu juga.”
“Ayah sekadar berusaha melakukan setakat yang Ayah termampu bila diperlukan. Hebat atau tidak … itu tidak sentiasa dalam kawalan kita … kerana keadaan … serta nasib … juga sering mempengaruhi kemampuan, gerak geri dan tindak tanduk kita. Yang kita boleh buat … cuma mengekalkan diri kita dalam keadaan secergas dan setangkas yang mungkin.”
“Ayah. Bolehkah kalau Pinang ingin menjadi seorang pahlawan hebat … sehebat Ayah … suatu hari nanti?”
“Nibung pun begitu juga, Ayah. Bolehkah Nibung melakukannya?”
“Tidak ada sebabnya mengapa tidak boleh, Pinang, Nibung. Sesiapapun … kalau dia sanggup berusaha dan terus berusaha … dengan izin Sang Pencipta … boleh menjadi sehebat yang dia sendiri mahu. Cuma … yang menjadi pembatasnya … adalah azam dan semangat yang ada pada dirinya.”
"Ayah," Kembang Sari bersuara lagi. "Benarkah seperti kata Abang Utih ... bahawa ... di antara orang Mon dan orang Mala ... asalnya adalah satu bangsa yang sama?"
"Memang benar tu," jawab Adhi Vira. "Mon dan Mala memang asalnya satu bangsa yang sama ... serumpun, serimbun, seperudu. Tapi bunyi sebutannya bagi Mala menjadi Mon bila disebut oleh orang-orang Mala yang tinggal di negeri-negeri yang jauh di utara itu ... kerana pelat mereka yang begitu pekat sekali. Sebagaimana juga apabila mereka menyebut Nagara, bunyi sebutannya menjadi Nakhon."
"Oh. Sekarang baru Wangi faham."
"Namun ada pihak tertentu .. mungkin golongan yang punya kepentingan sendiri ... yang lebih suka perkara ini terus terlupa, terpendam dan tersembunyi ... supaya hubungan di antara orang Mon dan orang Mala tidak kembali terjalin rapat ... hingga mereka mungkin bersatu dan bersepadu kembali seperti dahulu kala."

No comments:
Post a Comment