PESONA MERDEKA
Bersama berjuang, bertempur, berperang
Memerah tenaga, menyabung nyawa
Kerana ... pertiwi
Bangkitlah ... pribumi
Menentang, menghadang, musuh yang menjajah
Sehingga tersingkir mereka yang menjarah
Kerana ... pertiwi
Bangkitlah ... pribumi
Sedarlah aduhai putera mandala
Bumi bertuah kita pewarisnya
Tuntutlah ... merdeka
Idamlah ... sejahtera
Amdan Negara negeri perwira
Kesatria mulia gagah perkasa
Tuntutlah ... merdeka
Idamlah ... sejahtera
Pesona merdeka ... biarlah membara
Selama-lamanya ... hingga akhir masa
Pesona merdeka ... biarlah membara
Selama-lamanya ... hingga akhir masa
Adhi Vira membawa lebihan hasil padi humanya dengan pedati lembu dari Gunung Sembatu, melalui Jelawang, untuk dijual di pasar pekan Dabong. Dia ditemani dua orang pekerja mudanya, Utih dan Uda, yang hampir mencecah usia dua puluh. Sedang mereka berehat seketika sambil menikmati juadah ubi kayu bakar berserta kelapa parut, dengan air kopi pekat manis yang begitu menyegarkan, seorang anak muda menghampiri mereka. Anak muda itu kelihatan seperti orang asing, dan tidak pernah mereka lihat sebelum itu. Umurnya sekitar beberapa tahun tua sedikit daripada Utih dan Uda, jangka Adhi Vira.
“Maaf, tuan bertiga. Hamba seorang perantau, baru tiba di Dabong beberapa hari. Hamba lihat tadi, tuan bertiga muncul dari arah kawasan pergunungan. Mungkinkah tuan bertiga dari Jelawang?”
“Memang begitulah, tuan hamba rang muda. Siapakah gerangan tuan hamba ... dan mengapa tuan hamba bertanya?”
“Oh, maaf. Nama hamba ... Prabhava .... berasal dari negeri Benggala. Hamba ingin ke Gunung Sembatu. Kalau tiada aral melintang ... dan jika hasrat tidak terhalang ... hamba ingin bertemu dengan ... seorang yang bernama Adhi Vira ... Putera Adhi Vira ... juga digelar orang ... Panglima Jati Perkasa … manakala pengikut-pengikut setianya … mereka gemar memanggilnya … Dewa Gunung.”
“Oh,” sambung Adhi Vira. "Tapi tuan hamba ... tidak kelihatan seperti kebanyakan pemuda Benggala yang lain. Ada sedikit perbezaan."
"Umm ... mungkin kerana hamba ... lebih banyak menyerupai bapa hamba. Dia orang Kambhoja ... suku Ashvaka ... dari Badakshan ... di hala barat Pergunungan Himalaya. Dia datang merantau ke negeri Benggala ... ketika masih seorang remaja."
“Oh. Tuan hamba ini, adakah seorang sahabat Adhi Vira?”
"Umm ... mungkin kerana hamba ... lebih banyak menyerupai bapa hamba. Dia orang Kambhoja ... suku Ashvaka ... dari Badakshan ... di hala barat Pergunungan Himalaya. Dia datang merantau ke negeri Benggala ... ketika masih seorang remaja."
“Oh. Tuan hamba ini, adakah seorang sahabat Adhi Vira?”
“Tidak. Hamba tidak mengenalinya ... dan dia juga tidak mengenali hamba. Hamba cuma mengetahui namanya.”
“Lalu, apakah tujuan di hati tuan hamba rang muda ingin bertemu dia?”
“Umm ... begini, tuan. Hamba dengar ... Adhi Vira itu adalah daripada keturunan Wangsa Dharmakusuma ... pewaris takhta kerajaan Amdan Negara ... yang menggantikan kerajaan Chi Tu ... yang pada mulanya diasaskan oleh seorang yang bernama Buddhagupta ... Putera Buddhagupta dari negeri Benggala. Kebetulan Buddhagupta itu ... dia adalah saudara bongsu kepada seorang nenek moyang hamba di sebelah ibu … nenek moyang di zaman silam ... namanya Bhanupriya ... Puteri Bhanupriya ... di kota Rajbadi Dangga ... di wilayah Karna Suvarna … di bumi Benggala.”
“Kalau begitu ... tuan hamba rang muda ... bererti kita berdua adalah saudara sezuriat ... kerana ... hambalah Adhi Vira. Sungguhpun zaman mereka sudah lima abad berlalu ... kita tetap sezuriat ... seketurunan daripada daripada jurai salasilah kedua orang tua kepada Puteri Bhanupriya dan Putera Buddhagupta. Selamat datang ke Amdan Negara.”
Prabhava mengamati wajah orang yang sekian lamanya dicari-carinya dan baru kini bertemu. Putera Adhi Vira memang hebat orangnya. Lebih hebat daripada yang dijangkanya daripada kisah-kisah yang didengarinya sebelum ini.
"Oh!" Sejurus kemudian, anak muda itu bersuara semula. "Ayah hamba ada berpesan ... sekiranya hamba bertemu dengan Tuan ... supaya menyampaikan salam sejahtera dan persahabatan daripadanya kepada Tuan."
"Terima kasih. Dia seperti seorang yang budiman. Apakah namanya?"
"Prakasha."
"Suatu nama yang gemilang. Dia anak negeri Benggala?"
"Tidak. Dia berbangsa Kambhoja ... daripada kalangan puak Ashvaka ... berasal dari Gandhara. Memang ramai orang-orang sepertinya ... yang berkhidmat dengan bala tentera Wangsa Pala ... yang kini menjadi golongan pemerintah di Benggala dan wilayah serantau."
"Dia seorang Panglima?"
"Kira-kiranya, begitulah. Dia Panglima Agung pasukan berkuda dalam bala tentera kerajaan Wangsa Pala."
"Wei! Hebat benar itu. Tentu tuan hamba rang muda juga mewarisi sedikit sebanyak kehebatannya."
Prabhava mengamati wajah orang yang sekian lamanya dicari-carinya dan baru kini bertemu. Putera Adhi Vira memang hebat orangnya. Lebih hebat daripada yang dijangkanya daripada kisah-kisah yang didengarinya sebelum ini.
"Oh!" Sejurus kemudian, anak muda itu bersuara semula. "Ayah hamba ada berpesan ... sekiranya hamba bertemu dengan Tuan ... supaya menyampaikan salam sejahtera dan persahabatan daripadanya kepada Tuan."
"Terima kasih. Dia seperti seorang yang budiman. Apakah namanya?"
"Prakasha."
"Suatu nama yang gemilang. Dia anak negeri Benggala?"
"Tidak. Dia berbangsa Kambhoja ... daripada kalangan puak Ashvaka ... berasal dari Gandhara. Memang ramai orang-orang sepertinya ... yang berkhidmat dengan bala tentera Wangsa Pala ... yang kini menjadi golongan pemerintah di Benggala dan wilayah serantau."
"Dia seorang Panglima?"
"Kira-kiranya, begitulah. Dia Panglima Agung pasukan berkuda dalam bala tentera kerajaan Wangsa Pala."
"Wei! Hebat benar itu. Tentu tuan hamba rang muda juga mewarisi sedikit sebanyak kehebatannya."
§
Prabhava meninjau-ninjau kawasan bersekitar yang berbukit-bukau. Rumah kediaman Adhi Vira mudah dan ringkas sahaja rupa bentuknya. Namun seni binanya agak menarik, agak lain daripada rumah-rumah lain yang berhampiran.
Prabhava terpandang seorang gadis yang sedang membasuh pakaian berhampiran perigi.
"Banyakkah hasil yang laku dijual, Ayah?" gadis itu bersuara. Wajahnya begitu ayu serta manis mempesona, membuat Prabhava terpegun sebentar. Gadis itu kemudian ternampak Prabhava, lalu mata mereka bertemu seketika.
"Nasib kita sungguh baik hari ni, Wangi. Semua barangan yang Ayah bawa habis dibeli oleh peniaga dipasar Dabong." Adhi Vira kemudian menoleh ke arah Prabhava.
"Eh ... mengapa pula tuan hamba nampak tercegat aja di situ, rang muda?"
"Oh! Umm ... maaf, Tuan. Hamba terpesona dengan seni bina rumah tuan. Walaupun ringkas ... tetap indah anggun dan mengagumkan gaya buatannya."
"Wangi ... ini Ayah kenalkan ... anak muda yang datang dari begitu jauh ... beribu persangga jauhnya dari sini ... untuk mencari kita dan bertemu dengan kita. Kebetulan pula ... dia juga saudara sezuriat dari zaman silam dengan kita. Putera Prabhava ... dari bumi Benggala. Dan rang muda ... ini hamba kenalkan ... anak gadis hamba. Namanya Kembang Seri Wangi."
"Wangi ... ini Ayah kenalkan ... anak muda yang datang dari begitu jauh ... beribu persangga jauhnya dari sini ... untuk mencari kita dan bertemu dengan kita. Kebetulan pula ... dia juga saudara sezuriat dari zaman silam dengan kita. Putera Prabhava ... dari bumi Benggala. Dan rang muda ... ini hamba kenalkan ... anak gadis hamba. Namanya Kembang Seri Wangi."
§ § §
Enam purnama berlalu ...
“Mereka harus ditentang, Tuan Adhi Vira,” ujar Prabhava. “Ditentang habis-habisan sehingga mereka tersingkir sepenuhnya dari Bukit Panau dan sepanjang Lembah Sungai Kelantan. Kerana seluruh bumi Amdan Negara ini adalah hak milik mutlak putera bumi di wilayah ini. Dan Mahligai Dharmakusuma adalah hak milik mutlak Wangsa Dharmakusuma.”
“Mereka harus ditentang, Tuan Adhi Vira,” ujar Prabhava. “Ditentang habis-habisan sehingga mereka tersingkir sepenuhnya dari Bukit Panau dan sepanjang Lembah Sungai Kelantan. Kerana seluruh bumi Amdan Negara ini adalah hak milik mutlak putera bumi di wilayah ini. Dan Mahligai Dharmakusuma adalah hak milik mutlak Wangsa Dharmakusuma.”
“Memang sudah lama hamba dan pengikut-pengikut hamba berusaha ke arah itu, Bhava. Malah, sejak zaman nenek moyang hamba lagi sudah acap kali orang-orang kami melakukan perkara yang sama. Namun masalah yang sering kami hadapi ialah, pihak kami terlalu sedikit bilangan orang yang berkemampuan untuk bertempur. Manakala pihak musuh sentiasa terlalu ramai dan jauh lebih lengkap bersenjata.”
“Kalau begitu, biar hamba usahakan beberapa gerombolan pahlawan perantau dari Benggala, daripada kalangan kaum Benggala dan juga Kambhoja. Mereka pejuang tegar. Berserta beberapa muatan kapal pelbagai senjata. Dengan jumlah pejuang dan senjata yang cukup, serta kehandalan Tuan serta pengikut-pengikut Tuan dalam pelbagai jenis seni tempur, hamba yakin bahawa kita berdua dapat membina suatu angkatan yang mampu menggalas cabaran yang tertuntut untuk menewaskan bajingan-bajingan asing itu.”
“Tapi mungkinkah senjata itu dapat melepasi halangan mereka? Perahu-perahu dan kapal-kapal mereka berkawal ketat di sepanjang kawasan lembah sungai hingga ke kuala dan sebahagian besar kawasan pantai di sekitar kuala.”
“Kita buat pendaratan di pantai barat. Bolehkah kita mendarat di Manjung, di wilayah Gangga Negara?”
“Tidak. Hamba fikir itu kurang sesuai. Kerana raja Gangga Negara kini, dia sendiri adalah daripada zuriat Bala Putra Deva. Akibat negeri nenek moyangnya ditakluk oleh Bala Putra Deva sekitar seabad yang lalu. Maka, hamba khuatir, dia mungkin memihak kepada Palembang Srivijaya dan sebarang kaum kerabatnya, kerana dia kini bersaudara dengan mereka semua.”
“Kalau begitu, kita mendarat di kuala Sungai Merbok, di Kedah Negara. Sebahagian senjata itu kita beri sebagai hadiah kepada Narapati Kedah Negara, sebagai tanda persahabatan. Senjata itu pasti akan amat berguna baginya. Selebihnya, kita angkut ke sini melalui jalan darat, merentas hutan belantara.”
“Bijak sekali sarananmu itu, Bhava. Cuma ... tidakkah nanti pengangkutan melalui jalan hutan yang jauh itu ... agak rumit?”
“Kita gunakan haiwan, Tuan. Lembu, kerbau, dan kuda. Kalau Tuan dapat mencarikan beberapa ekor gajah yang terlatih, maka itu lebih baik lagi. Usaha ini akan mengambil masa yang agak lama. Tapi hanya itu cara yang terbaik. Pejuang-pejuang Tuan menguasai kawasan pedalaman yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Orang-orang Biduk Bota tidak akan berupaya mengganggu kita di sana.”
“Ummm,” Adhi Vira mengurut-urut janggutnya. “Suatu cadangan yang menarik.”
“Cadangan Abang Bhava itu agak munasabah, Ayah,” Kembang Seri Wangi melangkah masuk dari dapur, melalui ruang utama ke serambi, membawa pengat labu, buah berangan bakar berserta air kelapa muda. “Ia patut diberi pertimbangan.”
“Kita beli sebanyak mungkin lembu dan kerbau di Kedah Negara,” Prabhava menyambung, anginnya kini seperti semakin menyegar apabila buah fikirannya menerima sokongan daripada pujaan hatinya. “Kita bawa kuda dengan kapal dari Pulau Singhala. Kebetulan, negeri hamba juga sudah menjadi sebuah pusat perdagangan kuda yang hebat sejak akhir-akhir ini, kini hampir setanding dengan Pulau Singhala.”
"Hamba dengar ... orang-orang Kambhoja ... terutamanya kalangan puak Ashvaka ... penonggang kuda yang amat hebat. Kamu juga begitu?"
"Hebat atau tidak itu ... terpulanglah kepada pihak yang menilainya. Yang pastinya ... hamba telah mula dididik menonggang ... sejak berusia tujuh tahun lagi ... oleh Ayah hamba sendiri. Dan hamba mula diajar memanah sambil menonggang ... ketika mencapai umur dua belas tahun."
"Kalau begitu ... kamulah orang yang tepat untuk sesuatu yang telah lama hamba rancangkan. Hamba mahu kamu membantu hamba ... berusaha membina suatu pasukan pahlawan berkuda untuk Angkatan Dharmakusuma ... hingga ia menjadi ... pasukan pejuang berkuda yang paling ampuh dan berwibawa ... di seluruh bumi Langkasuka ini."
"Hamba terima cabaran itu dengan sebesar hati, Tuan. Dan hamba anggap keyakinan Tuan kepada hamba ... sebagai setinggi-tinggi penghormatan."
"Hamba dengar ... orang-orang Kambhoja ... terutamanya kalangan puak Ashvaka ... penonggang kuda yang amat hebat. Kamu juga begitu?"
"Hebat atau tidak itu ... terpulanglah kepada pihak yang menilainya. Yang pastinya ... hamba telah mula dididik menonggang ... sejak berusia tujuh tahun lagi ... oleh Ayah hamba sendiri. Dan hamba mula diajar memanah sambil menonggang ... ketika mencapai umur dua belas tahun."
"Kalau begitu ... kamulah orang yang tepat untuk sesuatu yang telah lama hamba rancangkan. Hamba mahu kamu membantu hamba ... berusaha membina suatu pasukan pahlawan berkuda untuk Angkatan Dharmakusuma ... hingga ia menjadi ... pasukan pejuang berkuda yang paling ampuh dan berwibawa ... di seluruh bumi Langkasuka ini."
"Hamba terima cabaran itu dengan sebesar hati, Tuan. Dan hamba anggap keyakinan Tuan kepada hamba ... sebagai setinggi-tinggi penghormatan."
Adhi Vira menggosok-gosok ayam sabungnya, Jalak. Semangat muda Prabhava memang tidak boleh dinafikan. Tetapi, terutamanya bagi seorang pahlawan berpengalaman seperti Adhi Vira, sesuai atau tidaknya pelbagai saranan dan cadangan Prabhava tetap perlu dikaji terlebih dahulu, sungguhpun kehandalannya bertempur memang menyerlah.
Begitupun, cadangan-cadangan itu tetap harus dipertimbangkan. Manakala sifat meta, berani dan gedeber yang ada pada Prabhava sering kali mengingatkan Adhi Vira kepada dirinya sendiri di zaman mudanya.
Begitupun, cadangan-cadangan itu tetap harus dipertimbangkan. Manakala sifat meta, berani dan gedeber yang ada pada Prabhava sering kali mengingatkan Adhi Vira kepada dirinya sendiri di zaman mudanya.
Tentang anak gadisnya sendiri pula, Adhi Vira telah belajar menghormati pandangannya apabila dia bercakap. Kembang Seri Wangi telah banyak berubah sejak zaman kecilnya. Sebagai kanak-kanak dia seorang yang pemalu, teragak-agak dan selalu bersendirian yang sering tidak yakin dengan dirinya sendiri. Namun, dia telah beransur-ansur bertukar menjadi seorang wanita yang berjiwa merdeka, teguh hati dan utuh jiwa, dengan semangat tegas yang mampu menyokong sesuatu yang dipercayainya.
Kehadiran Nibung dan Pinang di rumahnya telah mencetus kematangannya menjadi seorang kakak yang bertanggungjawab, berani bersuara dan bersifat melindungi. Manakala pendedahannya kepada latihan seni tempur, banyak daripadanya di bawah tunjuk ajar bapanya sendiri, telah menempa keteguhan dan yakin diri ke dalam perwatakannya.
Lalu Adhi Vira teringat semula kepada ramalan Nujum Teratai Putih berhubung anak gadisnya itu dua puluh tahun yang lalu. Dia sentiasa hairan tentang cara orang-orang seperti Teratai Putih. Mereka gemar bertutur secara berteka-teki yang sukar difahami oleh orang lain, sungguhpun mereka boleh menyatakan sesuatu dengan gaya yang jauh lebih mudah.
Manakala dirinya sendiri sentiasa bergantung pada kekuatan, keberanian dan kecekapan, selain pintar akal budi, bijak dan culas, untuk terus mandiri dengan azamnya dalam hidup. Begitupun, perubahan beransur-ansur pada perwatakan Kembang Seri Wangi seolah-olah semakin lama semakin menjurus kearah membenarkan ramalan Teratai. Barangkali ada jua sesuatu kaedah pada kebolehan yang dimiliki oleh Teratai, dia merenung kembali.
Manakala dirinya sendiri sentiasa bergantung pada kekuatan, keberanian dan kecekapan, selain pintar akal budi, bijak dan culas, untuk terus mandiri dengan azamnya dalam hidup. Begitupun, perubahan beransur-ansur pada perwatakan Kembang Seri Wangi seolah-olah semakin lama semakin menjurus kearah membenarkan ramalan Teratai. Barangkali ada jua sesuatu kaedah pada kebolehan yang dimiliki oleh Teratai, dia merenung kembali.
§ § §
Beberapa tahun kemudian …
Kembang Seri Wangi mengacau-ngacau pengat ubi sarek di dalam belanga kecil di atas dapur. Ia di antara juadah ringan yang paling digemari oleh bapanya sejak zaman kecilnya lagi. Kini suaminya pula yang terikut menggemarinya. Sambil-sambil itu dia menjenguk sekali sekala, melalui jendela dapur yang terbuka luas, memerhatikan anak lelakinya yang sedang bermain-main berhampiran.
“Kau duk buat apa tu, Tata?” dia menyapa anaknya.
“Duk bagi si Rinting makan padi, Mak,” anaknya menjawab. “Biar dia besar gagah dan kuat berlaga.”
“Jangan merayau jauh-jauh sangat, ya Nak.”
“Tidak, Mak. Tata kat sini aja.”
Sambil menunggu pengat ubi itu masak, Kembang Seri Wangi menjerang serbuk kopi di dalam kendi tembaga peninggalan mendiang ibunya. Sebentar lagi apabila suaminya pulang bolehlah mereka sekeluarga menikmati juadah lewat pagi bersama-sama.
“Wangi,” terdengar suara bapanya dari arah hadapan rumah.
“Ya, Ayah,” Kembang Seri Wangi menyahut. “Ada apa, Yah?”
“Di mana anak mu?” Adhi Vira membasuh kakinya, seterusnya menaiki tangga hadapan rumahnya, lalu duduk bersandar di serambi. Sungguhpun sudah beroleh seorang cucu, susuk tubuhnya masih tegap dan sasa. “Sepanjang pagi Ayah belum melihatnya lagi.”
“Oh, Tata. Tu, di sana tu, dekat bawah, dekat rimbun pokok samak tu. Duk menabur padi memberi makan ayam jantan muda Ayahnya, si Rinting.”
“Oh, ada rupanya. Baiklah. Jangan sekali-kali kau lalai mengawasinya, Wangi. Kerana dia adalah pewaris Wangsa Dharmakusuma yang terakhir.”
Adhi Vira terlalu menyayangi cucu tunggalnya Shakranta, yang kini hampir mencecah enam tahun usianya. Dia sentiasa begitu bengis dan garang melindungi anak itu daripada sebarang ancaman atau bahaya. Kata orang, kalau ayam sabung, yang baka baik itu lazimnya amat sukar hendak berkembang biak. Mungkinkah perkara serupa juga yang kini sedang melanda Wangsa Dharmakusuma? Kembang Seri Wangi termenung seketika, melayani lamunannya, sambil memerhatikan gelagat anak tunggalnya.
“Dan Wawa pula, ke mana gerangan dia?”
“Abang Wawa ke sungai, Ayah. Untuk mengambil ikan dan sayur yang dibeli daripada penduduk di hilir.”
“Pinang dan Nibung … belum pulang lagi?”
“Belum. Mereka mungkin lambat sedikit. Kata mereka .. nak memikat burung ketitir dan tekukur … sambil menengok-nengok jerat ayam hutan serta burung kuang … kalau-kalau ada yang mengena.”
Adhi Vira membaringkan dirinya di bangku panjang. Enak juga kalau dapat terlena barang sedetik dua, fikirnya.
“Atuuuk!” terdengar panggilan nyaring Shakranta yang telah bergerak ke bahagian hadapan rumah, membuat Adhi Vira tersentak daripada khayalannya. “Kenapa si Rinting tak nak patuk lagi? Puas dah Tata tabur padi kepadanya.”
“Hai, kamu ni Tata,” jawab Adhi Vira. “Kalau dia tak nak patuk tu, maknanya dia dah kenyanglah tu. Hah, tengok ajalah pedalnya tu. Kan dah besar menggelembung tu, kan? Kamu pun, kalau dah kenyang sangat, perutpun dah buncit, kalau Mak kamu suap lagi pun, kamu makan tak?”
“Alah, Atuk ni, ada-ada aja,” anak itu bersungut. “Orang tanya sikit aja, banyak pulak dia jawab.” Namun akal kecilnya tetap dapat merasai kebenaran pada apa yang diperkatakan datuknya itu.
Telatah mereka dua bercucu menggelikan hati Kembang Seri Wangi, membuatnya tertawa kecil seorang diri.
Di zaman remajanya, Kembang Seri Wangi tidak pernah terbayang langsung bahawa suatu hari dia akan bertemu jodoh dengan seorang putera. Apatah lagi seorang putera dari bumi asing yang begitu jauh. Sungguhpun dia sendiri seorang puteri. Kerana kemungkinannya untuk sesuatu seperti itu berlaku pada anggapannya memang terlalu kecil.
Memandangkan persekitaran kehidupannya yang jauh terpencil. Hanya dikelilingi oleh bukit-bukau, gunung-ganang dan hutan belantara. Di temani deringan riang-riang di musim panas, keroncong katak di musim hujan, kicauan burung-burung, jeritan kera monyet ketika petang dan tawa hilai sang siamang di waktu pagi.
Memandangkan persekitaran kehidupannya yang jauh terpencil. Hanya dikelilingi oleh bukit-bukau, gunung-ganang dan hutan belantara. Di temani deringan riang-riang di musim panas, keroncong katak di musim hujan, kicauan burung-burung, jeritan kera monyet ketika petang dan tawa hilai sang siamang di waktu pagi.
Bukanlah pula dia terlalu berharapkan begitu. Baginya, semua manusia sama sahaja. Dia tidak pernah terlalu memikirkan tentang darjat atau keturunan. Ataupun membeza-bezakan sesiapa yang dikenalinya dari segi sedemikian. Yang lebih penting, baginya, adalah perwatakan mereka.
Namun akhirnya, kebesaran Sang Pencipta mengatasi segala, apabila seorang putera berdarah campuran Benggala-Kambhoja suatu hari muncul dengan tak semena-mena di Dabong dan bertemu dengan Adhi Vira. Yang kemudiannya membawa kepada kunjungannya ke Gunung Sembatu dan pertemuan pertamanya dengan Kembang Seri Wangi. Pertemuan yang berakhir dengan cinta sejati setulus hati.
“Abang Wawa … adakah kini sudah begitu pasti … begitu tekad … ingin melamar Wangi untuk diperisteri … dan sanggup menetap di Amdan Negara ini … tidak kembali ke tanah air Abang … di Benggala lagi?” Kembang Seri Wangi bertanya, menagih secebis kepastian, ditengah-tengah desiran air terjun Lata Jeri yang turun mencurah tinggi dari puncak Gunung Sembatu.
“Memang … Abang sudah pasti sepasti-pastinya … tekad setekad-tekadnya.” Prabhava merenung rembulan mengambang yang melayari lautan awan di langit nan tinggi. “Abang tetap akan pulang ke Benggala ... barang sekali sekala. Tapi ... pada dirimu, Wangi … pada seisi keluargamu … pada perkampungan ini … pada seluruh pergunungan ini … Abang sudah menemui damai sempurna … yang Abang cari-cari selama ini. Maka hanya di sini ... yang bakal menjadi kampung halaman Abang yang baru ... hingga ke akhir hayat ... kiranya hasrat diri direstui.”
“Abang tidak akan bosan … di hari-hari mendatang?”
“Tidak mungkin. Abang akan sentiasa terpesona dan teruja … dengan perjuangan orang-orang di sini. Perjuangan murni dan agung tanpa jemu … menentang penjajahan dan penindasan. Abang ingin menyumbang … segala yang Abang termampu … Abang ingin menjadi … sebahagian daripada perjuangan itu.”
Begitulah, bak kata orang, ikan di laut, asam di darat, di dalam belanga bertemu jua.
Rembulan bertenggek di atas dirian pepohon yang tertinggi. Kepulan awan kelabu yang berselerak berhanyutan perlahan-lahan merentas langit yang agak lapang. Kawasan lembah di pergunungan bermandi cahaya gemilang terang benderang.
Putera Adhi Vira, juga digelar orang Panglima Jati Perkasa, merenung setiap pasang mata murid-murid perguruannya, seorang demi seorang. Riak wajahnya yang sentiasa tenteram kerap memperdaya sebarang mata yang menatap. Kerana di sebaliknya terselindung kekuatan hati sekental waja, serta keperkasaan jiwa meta yang tidak gemar tunduk kepada sebarang ancaman.
Upacara tamat perguruan berjalan lancar. Setiap muridnya kelihatan ceria dan gembira, melopong mulut beberapa orang daripadanya, terkebil-kebil mata mereka, menanti ucapan rasmi guru mereka.
“Ucapan, Guru!” seorang muridnya berteriak. “Kami mahu sebuah ucapan hebat!”
“Cerita, Guru!” laung seorang lagi. “Cerita pembina semangat!”
“Baiklah,” ujar Adhi Vira. “Dema semua kelihatan ghairah bersemarak. Maka tidak mungkin lagi bagi hamba untuk menghampakan harapan dema.”
“Wei! Wei!” semakin galak murid-murid itu bertempik sorak.
“Langkasuka Adhi Negara,” Adhi Vira memulakan ucapan yang ditunggu-tunggu dengan suara lantang namun bernada tenang. “Digelar orang juga Langkasuka Maha Mandala. Sebuah mandala purba yang mencakupi bahagian tengkuk dan bahu Semenanjung Emas. Buminya seindah nama. Tempat berdiri beberapa buah negeri. Kedah Negara, Patani Seri Negara dan Amdan Negara sebagai negeri-negeri teras. Gangga Negara, Terengganu Primula Negara dan Pahang Indera Pura sebagai negeri-negeri bersekutu. Sementara Gelanggi Ayu, sungguhpun terletak jauh di selatan, di hujung semenanjung, punya taraf sebagai negeri bersahabat.”
Maka … Semenanjung Emas itu … sudah ribuan tahun ia menjadi jambatan zaman purba yang menghubung Suvarna Bhumi … iaitu Benua Emas … dengan Suvarna Dvipa … iaitu Kepulauan Emas. Menjadikannya jalan darat yang gemar dilalui oleh para penghijrah … sama ada yang bergerak dari benua ke kepulauan … mahupun yang beranjak dari kepulauan ke benua. Seterusnya … apabila manusia sudah belajar bertamadun dan berperadaban … lalu pandai hidup aman damai … berdagang dan berhubungan di antara pelbagai kaum, negeri dan kerajaan … maka jadilah pula bumi Langkasuka … di wilayah utara Semenanjung Emas … sebagai jalan pintas yang memendekkan laluan perdagangan di antara timur dan barat.
Para pelayar bergantung sepenuhnya pada arah tiup angin musim. Maka mereka menjadikan bumi Langkasuka sebagai tempat persinggahan dan tempat berteduh manakala menunggu angin berubah arah … ataupun sementara menunggu untuk meneruskan perjalanan. Sambil memanfaatkan masa itu juga untuk melaksanakan jual beli ataupun pertukaran barangan dagang. Yang dari barat singgah berteduh di Kedah Negara … manakala yang dari timur berbuat serupa di Patani Seri Negara dan Kelantan Amdan Negara.
Maka bumi Langkasuka … rakyatnya bangsa Mala, Mon dan Khmer dengan pelbagai pecahannya masing-masing. Ribuan tahun sebelumnya … di zaman dahulu kala kepada dahulu kala … mereka semua sekaum … serumpun. Sebangsa … seketurunan. Nenek moyang mereka menggelar diri sendiri hanya dengan satu nama ... iaitu Mala … istilah bahasa Pali yang bermaksud Gunung. Kerana mereka bersalasilah daripada kaum yang mendiami kawasan gunung-ganang … di wilayah selatan sebuah negeri bernama Yunnan … di pinggiran paling timur Banjaran Himalaya … yang darinya berpunca dua sungai nan agung ... Sungai Mekong dan Sungai Ayerya Waddi.
Semasa nenek moyang mereka masih tinggal di Yunnan ... mereka bertemu dan bercampur gaul dengan suatu bangsa gunung lain yang datang merantau dari pinggiran barat Banjaran Himalaya ... iaitu bangsa Kambhoja ... di sesetengah tempat digelar juga bangsa Kumara atau Kamira.
Semasa nenek moyang mereka masih tinggal di Yunnan ... mereka bertemu dan bercampur gaul dengan suatu bangsa gunung lain yang datang merantau dari pinggiran barat Banjaran Himalaya ... iaitu bangsa Kambhoja ... di sesetengah tempat digelar juga bangsa Kumara atau Kamira.
Dengan berlalunya masa beribu tahun … orang-orang Mala itu berkembang biak dan bertambah ramai bilangannya lalu mula berpecah-pecah. Kaum Mala di kawasan utara … di bahagian hulu dan tengah lembah-lembah Sungai Mekong serta Sungai Ayerya Waddi … mula memanggil diri mereka dengan nama Mon … kerana demikianlah caranya mereka menuturkan istilah Mala … disebabkan pelat mereka yang terlalu pekat. Manakala kaum Mala yang bergerak lebih awal hingga ke kawasan selatan dan pantai kawasan tenggara kekal dengan nama asal mereka … iaitu Mala.
Dipendekkan cerita … orang-orang Mon terus kekal di kawasan pertengahan lembah Sungai Mekong serta Sungai Ayerya Waddi . Manakala sejurai daripada orang-orang Mon itu terus bergerak ke arah timur dan tenggara ... menyusuri Lembah Sungai Mekong. Mereka akhirnya menamakan pula diri mereka dengan nama Khmer … mengambil sempena nama bangsa Kumara atau Kamira masa silam ... yang memang tersohor jauh dan dekat kerana keberanian serta keperwiraan mereka.
Adhi Vira berhenti sejenak, meninjau, menilai tahap tumpuan murid-muridnya.
“Wei, kawan-kawan!” seorang daripada muridnya berteriak. “Kini baru ku tahu! Nenek moyang kita di zaman silam namanya orang Mala!”
“Wei! Jadi orang-orang Mon dan Khmer itu saudara kita rupanya!” tempik seorang lagi. “Hebat … hebat.”
Orang-orang Mala yang bergerak lebih awal ke selatan dan tenggara akhirnya sampai ke kawasan pantai Suvarna Bhumi … iaitu Benua Emas … termasuk sebuah semenanjung yang melunjur jauh ke selatan … ke Samudera Tenggara … namanya Semenanjung Emas.” Adhi Vira meneruskan ceritanya. “Mereka mula membuka negeri dan menabal raja. Maka sesetengah daripada negeri itu di namakan Mala Yu … yang bermaksud Negeri Mala. Lalu orang-orang Mala yang mendiami kawasan pantai Suvarna Bhumi serta seluruh Semenanjung Emas beransur dipanggil orang Mala Yu … yang seterusnya menjadi Malayu … dan akhirnya Melayu.
Orang-orang Melayu itu seterusnya berpecah-pecah lagi. Sebahagian daripada mereka kekal di kawasan pantai Suvarna Bhumi serta seluruh Semenanjung Emas. Mereka menggelar diri mereka Melayu Gunung … iaitu mengambil sempena asal usul mereka … sungguhpun ramai daripada mereka kini tinggal di kawasan pantai.
Manakala sebahagian lagi orang-orang Melayu itu belayar merentas Samudera Tenggara hingga sampai ke pelbagai pulau di seluruh Kepulauan Tenggara … lalu mereka bercampur baur dengan bermacam puak dan kaum orang-orang asal di pelbagai pulau. Maka akhirnya mereka dan cucu cicit mereka menggelar diri dengan nama Melayu Pulau.
“Wei!” teriak seorang murid. “Hebat ceritanya, Guru! Teruskan lagi!”
"Maka demikianlah,” Adhi Vira menyambung. “bumi Langkasuka Adhi Negara … terus didiami oleh orang-orang Melayu, Mon dan Khmer. Juga pelbagai kaum asal yang sudah mendiami buminya sejak dahulu kala. Maka Melayunya itu kebanyakannya Melayu Gunung yang sudah lama bermastautin … dengan segelintir Melayu Pulau yang baru mendatang … ataupun … lebih tepat lagi … baru kembali semula ke tempat asal nenek moyang mereka … dari kawasan kepulauan."
Sudah zaman berzaman seluruh bumi Langkasuka Adhi Negara … bumi gemilang bahagia warisan daripada nenek moyang kita … seperti ditimpa tulah. Iaitu tulah yang bernama penjajahan. Kerana rakyat bumi Langkasuka sering bercakaran sesama sendiri … kerana kita terlalu sukar untuk hidup bersatu padu … maka akibatnya kita diserang dan ditakluk oleh pelbagai penjajah yang datang dan pergi silih berganti. Mulanya orang-orang Mon dari Hamsa Vati, Tenasserim dan Dvara Vati. Kemudiannya orang-orang Khmer dari Funan dan seterusnya Chenla. Terakhirnya kini … orang-orang Melayu Pulau … iaitu saudara serumpun kita sendiri yang paling rapat … dari Palembang.
Satu demi satu mereka datang menjajah. Merompak dan merampas perak dan emas dari perut bumi kita … menjarah hasil alam dari hutan belantara kita. Kini sudah dua abad orang-orang Melayu Pulau menggeledah segala yang berharga … serta memusnah apa jua yang tidak mampu mereka nilai harganya. Mereka menodai bumi Langkasuka dengan keganasan dan tamak haloba mereka. Kerajaan-kerajaan lama di bumi Langkasuka kini hancur berkecai akibat kegelojohan mereka. Golongan bangsawan bertelingkah di antara sesama sendiri … manakala rakyat jelata yang menjadi korban sengketa.
Sejak zaman kerajaan Kushan dan Gupta di Benua Hindi lagi … iaitu berabad-abad sebelum bangkitnya kerajaan Kuntala dan pewarisnya Palembang Srivijaya di Pulau Sumatra … dan kerajaan Sailendra di Pulau Jawa … orang-orang di bumi Langkasuka sudah pandai hidup berperadaban, beraja dan bernegeri. Namun kini, kegemilangan negeri-negeri di bumi Langkasuka dibenam tertimbus … dan hanya kemegahan Palembang Srivijaya yang ditonjol mengagus.
Kini rakyat bumi Langkasuka sudah mula merasa terlalu bosan .. bosan diri mereka ditindas … hasil bumi mereka dirampas. Sudah kesekian kali mereka dan nenek moyang mereka bangkit memberontak. Namun setiap kali tidak berjaya. Mereka tewas. Kerana angkatan penjajah terlalu gagah. Maka … setiap kali mereka bangkit … bala tentera penjajah datang menggempur … menumpas … menjarah … menghancur musnah.
Inginnya rakyat seluruh mandala Langkasuka untuk mengecapi merdeka. Merdeka dalam erti kata yang sebenarnya … sepenuhnya. Merdeka sebagaimana negeri yang menjajah mereka. Namun … sehingga kini … hajat murni yang terbit di hati nurani belum lagi kesampaian.
Kerana buminya bertuah … tanahnya subur … kaya pula dengan bermacam hasil bumi. Tambah lagi letaknya di laluan dagang laut dan darat yang elok bagi para pedagang dan saudagar yang datang dari timur dan barat. Maka Langkasuka tidak pernah sunyi daripada menjadi rebutan negeri-negeri besar yang berhampiran. Ibarat gadis jelita yang sentiasa menjadi idaman segala jejaka tampan.
“Fiewww!” seorang murid bersiul nyaring. “Fiewww! Fiewww!”
Kerana itu juga … bumi Langkasuka menjadi tempat bertumpuk titisan zuriat raja-raja hebat.” Adhi Vira menyambung lagi. “Yang bermula apabila mereka datang menyerang dan menakluk … seterusnya berkahwin dengan puteri-puteri mandala Langkasuka sebagai sebahagian syarat janji damai.”
Maka demikianlah … di bumi Langkasuka ini … munculnya raja-raja yang bernasab daripada Khouroush maharaja Parsi … Wan Seri Mara raja agung Funan … dan Buddhagupta Maha Navika putera perantau dari Benggala. Malah ada yang percaya ... bahawa titisan zuriat Ashoka raja Magadha pun ada pada raja-raja di bumi ini. Lalu daripada mereka pula berbenih raja-raja Palembang Srivijaya di Pulau Sumatra serta Sailendra di Pulau Jawa. Di samping juga raja-raja Negara Seri Dharmaraja, Kedah Negara, Patani Seri Negara serta Amdan Negara sendiri.
“Namun manusia ingatannya singkat!” Adhi Vira mula menderam bengis, matanya berpinar, mukanya menjergil. “Mereka terlalu cepat lupa asal-usul nenek moyang mereka! Tidak terkecualilah golongan panglima dan raja-raja. Maka apabila mereka terasa kedudukan mereka di negeri baru mereka sudah cukup kuat … mereka kembali ke bumi tempat asal nenek moyang mereka. Menyerang … menjarah … menakluk … menjajah … menindas saudara serumpun mereka sendiri!”
Maka demikianlah … selama tiga abad mandala Langkasuka berada di bawah pertuanan Funan. Dua setengah abad seterusnya menjadi jajahan Chenla yang telah menumbangkan Funan. Kini sudah lebih dua abad pula di bawah naungan Palembang Srivijaya. Setelah di serang dan ditakluk oleh bala tentera gabungan Srivijaya-Sailendra. Bala tentera yang dipimpin oleh para raja dan putera yang diri mereka sendiri asalnya berketurunan daripada Buddhagupta Maha Navika dan kalangan kaum kerabatnya di Amdan Negara!
Kini kita orang gunung! Kini mereka orang pulau! Janganlah mereka ingat bahawa anak gunung boleh diperkotak-katik oleh anak pulau dengan sewenang-wenangnya. Di antara anak gunung dan anak pulau sudah begitu sering bermusuh dan berdamai silih berganti sejak zaman-berzaman ... sungguhpun terbit asalnya daripada rumpun yang sama. Nenek moyang kita … kita rakyat Amdan Negara ini … adalah orang gunung. Bila kita terancam … kita undur ke gunung. Kerana gunung itu adalah pelindung dan benteng kita yang paling perkasa!
“Wei! Anak gunung, kebal di gunung!” seorang anak muda berteriak.
Seperti yang hamba katakan … bukannya kita membenci semua orang Palembang. Mereka boleh merantau ke sini untuk berkelana seketika … malah untuk menetap selamanya dan menjadi rakyat Amdan Negara seperti kita … kita boleh menerima itu. Namun, jika mereka datang hendak menjadi pemerintah, penjajah dan penjarah … patutkah kita berela hati sepenuhnya dengannya?
“Tidak sekali-kali, Guru! Pantang tunduk di bumi sendiri!”
Ada yang berkata … apa salahnya kita yang lemah beralah kepada yang gagah … asalkan mereka melindungi kita … asal saja kita hidup sejahtera. Namun pada hamba … itu bererti memberi ganjaran kepada mereka hanya kerana tidak membunuh dan menganiaya lebih ramai lagi rakyat Amdan Negara. Pada hamba … itu hanya akan membuat mereka lebih menghina dan lebih memandang rendah terhadap kita semua … lalu mereka akan terus menindas dan mengganas sesuka hati mereka … bila-bila saja yang mereka suka.
“Benar itu, Guru!”
Maka hanya satu saja penyelesaiannya … penjajah mesti terus kita tentang … sehingga mereka akhirnya tumbang … walau apa sekalipun pengorbanannya!
“Kami bersedia, Guru! Kami rela berkorban jiwa dan raga!”
Maka ingatlah dema semua sentiasa … bahawa dema semua … sebagai anak-anak Langkasuka Maha Mandala … adalah putera bumi … bunga bangsa … sari pertiwi … pewaris seluruh Banjaran Titiwangsa. Maka … dengan itu … dema semualah juga harapan dan taruhan rakyat untuk berjuang mengembalikan kedaulatan negeri kita semua.
Sudah berkurun negeri kita dijajah dan dijarah ... maruah nenek moyang kita ternoda. Kini hampir menjelang tiba masanya kita ... cucu cicit mereka ... bangkit menyempurnakan tugas murni kita ... menentang, menumpas dan menyingkir golongan penjajah dan penjarah dari bumi ini! Berjuang itu ... tidak kita ketahui bila berakhirnya ... ataupun bagaimana kesudahannya. Namun tetap kita berjuang ... perit dan pedih tidak dipeduli ... penat dan lelah tidak dihirau ... jemu dan bosan tidak dilayan!
Negeri kita yang sekian lama tumbang … entah bila akan bangkit berdiri semula … iaitu Amdan Negara bumi tercinta. Hamba sentiasa berharap … dengan keperwiraan dan keberanian dema semua … satu hari nanti kita anak gunung akan berjaya menghapuskan anak pulau yang telah merampas tanah air kita … dan kita beroleh negeri kita kembali!!!
Sudah berkurun negeri kita dijajah dan dijarah ... maruah nenek moyang kita ternoda. Kini hampir menjelang tiba masanya kita ... cucu cicit mereka ... bangkit menyempurnakan tugas murni kita ... menentang, menumpas dan menyingkir golongan penjajah dan penjarah dari bumi ini! Berjuang itu ... tidak kita ketahui bila berakhirnya ... ataupun bagaimana kesudahannya. Namun tetap kita berjuang ... perit dan pedih tidak dipeduli ... penat dan lelah tidak dihirau ... jemu dan bosan tidak dilayan!
Negeri kita yang sekian lama tumbang … entah bila akan bangkit berdiri semula … iaitu Amdan Negara bumi tercinta. Hamba sentiasa berharap … dengan keperwiraan dan keberanian dema semua … satu hari nanti kita anak gunung akan berjaya menghapuskan anak pulau yang telah merampas tanah air kita … dan kita beroleh negeri kita kembali!!!
Demikian ucapan bernas Adhi Vira. Bermula dengan cerita berlatar sejarah purba … berakhir dengan pidato rancak menggalak sukma. Melontar kata-kata perangsang semarak kalbu.
“Hidup Amdan Negara!!!” bergema lantang suara anak-anak muda yang ramai itu seperti satu. Teruja jiwa mereka dan terghairah semangat mereka.
Perguruan Adhi Vira sejak beberapa tahun kebelakangan dibantu oleh menantu dan orang kanannya Prabhava. Maka seni tempur yang diajari mereka memang serba lengkap. Menggabungkan segala jenis seni tempur yang telah dipelajari oleh kedua mereka sejak remaja hingga dewasa. Sama ada semasa mengembara di negeri orang, ataupun diajarkan kepada mereka oleh perantau mahupun pedagang yang mendatang ke tempat mereka.
Maka daripada Adhi Vira diperturun pencak silat dan main tongkat dari bumi Langkasuka dan pulau Jawa, boran dan bradal serey dari tanah Kemboja, serta bando dan leth wai dari negeri-negeri orang Mon di Sudharma Vati dan Dvara Vati. Oleh Prabhava pula diajar mukhti yuddha dari negeri Magadha, serta kalari payattu, varma kalai, kuttu varisai, silambattam, malyutham dan adithada yang dituntutnya semasa merantau di negeri Kerala.
Diperkenal juga oleh Adhi Vira sedikit sebanyak ilmu tempur san shou, chuan fa dan wu shu dari negeri China yang pernah dipelajarinya. Tidak ketinggalan juga seni tinju tendang spei leth, iaitu seni tempur Amdan Negara sendiri yang hampir serupa dengan leth wai, boran serta adithada.
Kebanyakan daripada murid-murid perguruan itu cuma pernah mendengar kisah samar daripada orang tua-tua tentang negeri nenek moyang mereka yang bernama Amdan Negara itu. Namun bagi mereka, tekad dan azam untuk menyumbang tenaga malah berkorban nyawa untuk menghidupkan kembali Amdan Negara tetap subur bersemarak segar bugar dan tidak pernah luntur atau pudar dalam diri mereka.
“Kini tiba masa yang dinanti-nanti,” Adhi Vira membimbing majlis tamat perguruan itu ke peringkat penghujungnya. “Iaitu … anugerah murid terbaik ... bagi musim ini!"
"Wei, wei!" anak-anak muda itu bersorak semula.
"Tempat ketiga ... dimenangi oleh ... Buluh Padu!”
"Wei, wei!" anak-anak muda itu bersorak semula.
"Tempat ketiga ... dimenangi oleh ... Buluh Padu!”
“Wei! Buluh Padu!”
“Manakala … tempat kedua … jatuh kepada … Nibung Ulung!”
“Wei, wei!” mereka bertempik lagi.
“Syabas, Nibung Ulung!” seorang murid beteriak nyaring.
“Dan … akhirnya ... murid yang paling tekun ... paling gigih ... dan paling handal ... bagi tempoh sepanjang musim ini ... murid itu adalah ...”
“Wei, wei!” anak-anak muda itu semakin lantang bertempik. “Siapakah gerangan pemenangnya?”
“Pinang Jingga!”
“Wei, wei!” anak-anak muda itu berteriak lagi, kali ini tambah memuncak lagi gegak gempita suasana.
“Syabas, Pinang Jingga!” seorang daripada mereka melaung.
“Tahniah!” pekik kawannya.
“Kamu memang hebat!” tempik seorang lagi.
Adhi Vira sendiri seorang putera, pewaris Wangsa Dharmakusuma, iaitu kerabat diraja yang dulunya merajai negeri Amdan Negara. Namun di kalangan keluarganya, kerana sudah begitu lama tersingkir dari takhta, kini tidak lagi begitu ghairah untuk berbahasa dengan bahasa istana di antara sesama sendiri. Lagipun, seperti kata Adhi Vira, Wangsa Dharmakusuma sudah berkurun-kurun tersingkir dari istana sendiri, maka membuat mereka terasa janggal jika masih bertutur bahasa istana. Begitupun, sebagai zuriat golongan berdarjat, di kalangan keluarganya masih tetap menjaga maruah dan mertabat diri dengan sebaik-baiknya.
§ § §
980 Masihi, Bukit Panau, di bumi yang bernama Amdan Negara.
Biduk Bota duduk bersandar di kerusi empuk berbantal kekabu berbungkus kain sutera Cina di balai tamu Mahligai Gemilang Sakti. Mahligai yang dulunya bernama Mahligai Dharmakusuma. Istana itu kini terasa semakin lama semakin selesa baginya. Alangkah eloknya jika dia dapat menghuni istana itu hingga ke akhir hayatnya. Kalaulah dia dikurniakan seorang anak lelaki, pasti anak itulah yang akan mewarisi Mahligai Gemilang Sakti daripadanya suatu hari nanti. Alangkah eloknya kalau dia dapat mengahwini seorang wanita tempatan yang ayu jelita, fikirnya. Namun perkembangan terbaru mengganggu lamunannya. Dia mengunyah-ngunyah sisa-sisa sirih berkapur yang masih ada di dalam mulutnya.
“Tuan Biduk,” panglima utama bala tenteranya, Demak Sawo, yang baru muncul terus duduk bersila menghadapnya. “Tuan mahu berjumpa hamba?”
“Bodoh!!!” tempik Biduk Bota, mukanya merah padam hingga ke cuping telinganya, matanya menyilau berpinar-pinar, menjergil ke arah orang itu. “Kamu semua bodoh!!! Sudahlah bodoh, dayus pula!!!
“Tapi ... Tuan Pembesar ...” Demak Sawo bersuara, dengan nada agak layu.
“Tapi apa???” Biduk Bota terus menyergah. “Lima ratus lebih pejuangku yang terbaik ku berikan kepadamu … untuk menghancurkan angkatan pemberontak di pergunungan … namun yang kamu bawa kembali bersamamu tak sampai tujuh puluh orang pun!!!”
“Orang-orang mereka terlalu pintar berjuang dan ...”
“Dan apa lagi??? Dan kamu dan orang-orangmu terlalu dungu, bukan?”
“Ti ... tidak ... Tuan. Maksud hamba ... ... setiap pahlawan mereka berlawan seperti ... seorang putera dewa perang ... dan ... menentang mereka seperti ... seperti ... menentang hantu ... Tu ... Tuan.”
“Memang betullah kamu ini ... rupanya kamu lebih biul lagi daripada yang ku sangka selama ini. Adakah kamu dan orang-orangmu berlawan dengan manusia ataupun jembalang hutan???
“De ... dengan manusia ... Tuan.”
“Maka … kalau mereka manusia ... bagaimanakah pula mereka bisa berperang seperti hantu???”
“Be ... begini ... Tu ... Tuan. Mereka sentiasa bersembunyi ... mereka menyerang, menghambur serta membunuh orang-orang kita ... secara curi. Mereka dapat melihat kami ... tapi ... kami tidak dapat melihat mereka.”
“Lalu di manakah mereka itu bersembunyi?”
“Di dalam gua ... di dalam parit atau lubang besar yang mereka gali ... di lereng bukit ... di lembah sungai ... di belakang bongkah batu besar ... di sebalik pokok-pokok hutan yang berbatang besar dan berdaun lebat ... dan ... sering juga ... mereka bersembunyi di atas pokok-pokok itu setelah memanjatnya ... dan ... mereka menyerang orang-orang kita yang berada di bumi ... dengan panah ... tombak ... lembing ... dan juga sumpit yang punya peluru beracun bisa. Orang-orang kita juga kerap terjatuh semasa berundur ke dalam perangkap lubang berpacak ranjau yang dilindungi dengan reranting kayu serta dedaun pokok dan pelepah kelapa.”
“Begitu sekali?”
“Benar, Tuan Biduk,” Kebo Laro, timbalan kepada Demak Sawo, memberanikan dirinya bersuara, cuba menyokong penjelasan ketuanya. “Orang-orang mereka juga amat handal bertempur tanpa senjata. Mereka membunuh dan mencederakan sebilangan agak ramai daripada pejuang kita dengan hanya bersenjatakan tangan dan kaki mereka yang keras seperti kayu, juga kepala mereka. Apatah lagi bila menggunakan potongan batang kayu, rotan, nibung atau pinang sebagai tongkat.”
“Mereka menggunakan kepala mereka untuk bertempur?”
“Ya, Tuan,” sambung Kebo Laro. “Hantukan kepala mereka seakan tandukan kerbau jantan yang naik berang. Mereka menghantuk kepala mereka ke muka atau dada lawan mereka … seterusnya merembat semula ke arah sisi atau atas … ke rahang atau dagunya. Ramai orang-orang kita yang patah hidung dan hancur remuk rahangnya atau dagunya dengan cara begitu ketika bertempur dengan mereka.”
Biduk Bota terdiam sejenak. Ternyata pejuang Amdan Negara kini semakin bijak dan handal, fikirnya.
“Begitupun … ramai yang lain daripada mereka kini ... bersenjata lengkap dan canggih ... serta tangkas serangan mahupun pertahanannya ... tidak lagi seperti dulu,” Demak Sawo meneruskan. “Sekali sekala ... bila orang-orang kita berada di kawasan lapang ... mereka menggempur pula dengan pejuang berkuda yang begitu pantas pergerakannya. Panglima-panglima mereka juga ... memakai ... baju perisai ... yang ... tidak lut oleh senjata.”
“Malah, orang-orang kita juga pernah terpedaya oleh mereka supaya melintasi sebuah kawasan kediaman sekawanan seladang liar, beberapa ekor daripadanya ibu seladang beranak kecil,” Demak Sawo menyelit. “Maka berpuluh pejuang kita terkorban sekaligus ketika itu bahana dirempuh dan ditanduk seladang berang yang mengamuk mengganas.”
“Kurang ajar!!!” pembesar itu semakin membuak-buak kemarahannya. “Biar aku sendiri yang ke sana nanti. Akanku ajar mereka cukup-cukup. Baru nanti mereka tahu siapa Biduk Bota!”
“Bagai … bagaimana … kalau kita melangsungkan … upacara korban … untuk memuja dan menyeru … Naga Sakti Muna dan Dewi Sungai?” Demak Sawo mengajukan cadangannya. “Mungkin mereka boleh membantu kita … untuk menundukkan … Angkatan Dharmakusuma yang sedang naik daun itu.”
“Memang jelas!” Biduk Bota menjebih. “Bukan saja kau bodoh … tapi kini kau juga sudah hilang akal! Mungkin kau telah tertinggal otakmu di hutan Gunung Sembatu tempoh hari. Sudah berabad tiada sesiapapun yang pernah melihat kelibat Naga Sakti Muna ataupun Dewi Sungai."
"Tapi Tuan ... apa salahnya ... kalau kita ..."
"Tiada tapinya lagi! Itu semua hanyalah dongeng karut orang tua-tua belaka … mereka yang mabuk terbuai-buai dalam alam khayalan mereka sendiri! Dan kalaupun ... kalau sekalipun ... katalah ... Naga Sakti Muna dan Dewi Sungai itu muncul ... mereka bukankah pembela dan pelindung seluruh bumi Langkasuka ini? Maka mereka kemungkinan besar akan membantu rakyat tempatan ... mereka akan membelasah kita. Bodoh!!!”
"Tapi Tuan ... apa salahnya ... kalau kita ..."
"Tiada tapinya lagi! Itu semua hanyalah dongeng karut orang tua-tua belaka … mereka yang mabuk terbuai-buai dalam alam khayalan mereka sendiri! Dan kalaupun ... kalau sekalipun ... katalah ... Naga Sakti Muna dan Dewi Sungai itu muncul ... mereka bukankah pembela dan pelindung seluruh bumi Langkasuka ini? Maka mereka kemungkinan besar akan membantu rakyat tempatan ... mereka akan membelasah kita. Bodoh!!!”
Demak Sawo menundukkan mukanya, matanya terpaku ke lantai.
“Ini! Ini Dewa Sungai!” Biduk Bota mendabik dadanya. “Dan lihat ini! Golok saktiku ini yang akan memenggal kepala Adhi Vira dari tubuhnya … dan menamatkan penentangan angkatan pemberontak pimpinannya itu!”
§ § §
No comments:
Post a Comment