"Prabhava memiliki suatu macam ketegasan jiwa yang halus sifatnya namun tidak gentar dengan sebarang ancaman, diiringi dengan semangat dan keghairahan yang sentiasa terkawal sopan. Ia sesuatu yang lembut dan sederhana bagi seorang pahlawan, namun kesannya begitu menawan terhadap setiap sesiapa saja yang menghampirinya ... mengundang kehadiran bukan sahaja golongan lelaki gagah berani ke sisinya ... yang menjadi sahabat setianya ... tetapi juga golongan wanita anggun dan cantik jelita ... yang ingin mendampinginya. Prabhava membuat Bunda terkenang kembali kepada nenda Bunda sendiri."
Demikian Kembang Seri Wangi mengimbau kembali, kepada Isabelle yang ketika itu baru sahaja menjadi menantunya, tatkala suatu perbualan mesra di antara mereka berdua.
Kini puteranya, Shakranta, jelas telah mewarisi sepenuhnya kesemua sifat-sifat itu, fikir Isabelle. Seorang lelaki yang sukar ditemui serta sungguh menakjubkan. Isabelle tidak pernah dapat berhenti daripada mengaguminya. Dan Shakranta membuat Isabelle terkenang kembali kepada nenda dirinya sendiri.

§
“Kanda,” Isabelle menyapa suaminya.
“Ya, Dinda,” Shakranta menyahut. “Ada apa, Dinda?”
“Kekadang … Dinda tertanya-tanya diri sendiri … mengapakah agaknya Kanda tidak pernah bertanya asal usul dan susur galur Dinda secara lebih terperinci.”
“Oh, itu saja? jawab Shakranta. “Dinda … sebabnya ... Kanda sudah menerima dan mencintai Dinda seperti seadanya … dan … Kanda tidak mahu mengungkit-ungkitkan lagi sebarang perkara lama … yang … mungkin menyinggung perasaan Dinda ... ataupun melukai hati Dinda.”
“Tapi … bukankah itu … asal usul Dinda itu ... sesuatu yang penting untuk anak cucu kita nanti? Tidakkah mereka juga nanti ingin tahu nasab dan susur galur mereka di sebelah jurai Dinda?”
“Umm … memang ada benarnya kata Dinda itu. Baiklah … kalau Dinda sendiri merasakan ia penting ... ceritakanlah kepada Kanda.”
“Nenek Dinda, Meredith, wanita biasa daripada kalangan orang keramaian. Namun datuk Dinda, Putera Alfred, daripada golongan bangsawan Sakhsun."
“Dinda seorang puteri! Oh! Menarik benar kisah ini. Teruskan, Dinda.”
"Putera Alfred berkerabat rapat dengan Raja Ethelred II, raja negeri Enghel Land ketika itu. Semasa zaman pemerintahan Ethelred, negeri Enghel Land sering bersengketa dengan negeri Danmark.”
“Anak sulung Putera Alfred, iaitu Putera Bryhann bapa Dinda … dan Philippa ibu Dinda … mereka tertangkap dan ditawan semasa satu serangan orang Danmark … dan dibawa balik ke Danmark … ke istana Raja Sweyn I … lalu dijadikan abdi istana. Manakala … Dinda pula … ditawan bersama nenek Dinda ... Meredith ... di kampung halaman asal kami di Somerset ... selang beberapa lama kemudiannya ... oleh lanun-lanun Berber dari kawasan utara Benua Hitam … dan dibawa mereka ke Byzantium untuk dijual di sana.”
“Lalu apakah yang berlaku seterusnya kepada nenek Dinda?”

“Lanun-lanun itu tidak melayani Meredith dengan baik kerana dia hanya seorang wanita tua. Mereka sekadar membiarkannya terus hidup di kapal mereka hanya kerana dia seorang tabib. Maka dia boleh mengubati mana-mana lanun yang uzur atau cedera. Lantaran itu … dia jatuh sakit semasa dalam pelayaran ke Byzantium … dan meninggal dunia. Lanun-lanun itu … mereka juga berlaku kejam terhadap Dinda. Hingga … suatu hari … beberapa orang daripada mereka … menghampiri Dinda dengan niat serong yang terbayang di mata mereka.”
"Begitu sekali?"
"Mujurnya ketua mereka muncul dengan tak semena-mena ... dengan itu menyelamatkan Dinda daripada mereka."
"Dia menyakiti Dinda?"
"Tidak. Dia melayani Dinda dengan baik."
"Begitu sekali?"
"Mujurnya ketua mereka muncul dengan tak semena-mena ... dengan itu menyelamatkan Dinda daripada mereka."
"Dia menyakiti Dinda?"
"Tidak. Dia melayani Dinda dengan baik."
"Sesudah itu?"
"Dia terus berkelakuan baik dengan Dinda. Begitupun ... sebagai seorang gadis abdi di atas sebuah kapal lanun ... Dinda tidak punya banyak pilihan. Dinda terpaksa merelakan diri melayaninya ... sebagai seorang kekasih ... selama tempoh pelayaran ... sungguhpun jiwa Dinda menentang. Demi melindungi diri daripada lanun-lanun lain yang kasar dan ganas ... di hari-hari terkemudian."
Mata Isabelle mula beransur merah dan berair. Beberapa titis air mata berkembang di birai matanya, meniti pipinya, lalu mengalir jatuh ke lantai. Shakranta merapati isterinya, memeluknya erat, mengusap pipi serta rambutnya dan mengesat matanya.

“Shushhhh,” bisik Shakranta meredakan kepiluan isterinya. “Itu suatu pengorbanan ... yang tidak dapat Dinda elakkan. Usahlah Dinda bimbang lagi tentangnya. Dinda kini selamat sejahtera. Lupakanlah semua perkara silam yang membuat Dinda tidak selesa. Kalau nak diikutkan hati, ingin rasanya Kanda buru orang-orang yang berkenaan ... dan ingin Kanda hukum mereka dengan hukuman yang setimpalnya."
Untuk beberapa ketika kedua mereka tidak berkata apa-apa. Yang satu tiba-tiba memerlukan kasih sayang, kemanjaan, kepastian dan perlindungan. Yang satu lagi memberikan semuanya dengan penuh rasa kecintaan.
"Tidak, Kanda," sejurus kemudian Isabelle bersuara semula. "Segala-galanya sudah berlalu. Ia kini perkara lama. Kini, dengan naungan dan perlindungan Kanda, tiada sesiapapun yang mungkin menyakiti Dinda lagi. Orang-orang itu pun, entah di mana berada, dan entah masih hidup ataupun sudah tiada lagi di dunia ini. Kata orang, lanun itu, biasanya hayat mereka tidak begitu panjang.”
"Ada baiknya juga jika Dinda reda sebegitu. Yang pentingnya bagi Kanda, Dinda sentiasa sejahtera, dari kini hingga ke bila-bila."
"Kanda tidak ambil kisah bahawa ... Dinda tidak berterus terang berhubung perkara ini terlebih dahulu ... dengan Kanda? Atau ... mungkinkah Kanda merasa sedikit terkilan?"
"Tidak ... kerana bagi Kanda ... itu adalah hak Dinda sepenuhnya. Malah ... Kanda bersyukur kerana Dinda terselamat daripada semua ancaman ... dan terlepas daripada segala dugaan ... hingga akhirnya kita berdua bertemu. Perkara silam tetap adalah perkara silam. Lagipun ... Dinda tidak bersalah ... kerana melakukan apa saja demi membela diri itu ... adalah sesuatu yang diharuskan."
"Terima kasih, Kanda. Kerana memahami serta menerima perasaan Dinda ... serta segala yang lain berhubung duduk perkara."
“Sungguh hebat,” ujar Shakranta. “Rupa-rupanya duduk perkara malah melebihi lagi daripada yang Kanda sangka … sedari kali pertama kita bertemu. Kanda memang terasa sesuatu keanihan ... kerana … walaupun Dinda ketika itu seorang gadis abdi … pembawaan serta perilaku Dinda … agak berlainan … jauh lebih anggun … lebih santun … dan lebih tersusun … daripada abdi yang lain. Cuma … mengapakah Dinda terlalu berahsia dan tidak memberitahunya lebih awal kepada Kanda?”
“Kerana … Kanda sendiri tidak pernah bertanya … dan sekaligus juga … kerana Dinda ingin menguji sejauh mana … tulusnya cinta Kanda kepada Dinda. Kalaulah Dinda memberitahu Kanda lebih awal … bagaimanakah Dinda dapat pasti akan ketulusan itu?”
“Maksud Dinda?”
“Kiranya Kanda tahu terlebih dahulu ... tidak mustahil bahawa ... Kanda hanya ingin mengahwini Dinda sekadar kerana keturunan Dinda.”
“Dinda memang seorang wanita yang bijaksana. Dan seperti yang Dinda janjikan kali pertama kita bertemu … Dinda memang telah membawa tuah yang hebat kepada Kanda.”
“Maksud Kanda?”
“Tuah yang Dinda bawa adalah … puteri kita … Chinta Kirana … serta kedamaian dan ketenteraman jiwa yang tidak pernah terbayang oleh Kanda sebelum kehadiran Dinda dalam hidup Kanda.”
“Kanda masih lagi ingat kata-kata Dinda itu rupanya,” ujar Isabelle.
“Sudah tentu. Kerana ia kata-kata yang terbit pada kali pertama kita bertemu.”
Isabelle merenung suaminya dengan senyuman penuh bermakna rahsia.
“Mengapa Dinda merenung Kanda begitu?”
“Kerana Dinda merasa amat bahagia saat ini. Dinda begitu bertuah ... mendapat seorang yang baik hati dan tulus jiwa seperti Kanda sebagai suami."
§
“Kanda,” sapa Isabelle.
“Ya, Dinda.”
“Ini sambungan kepada kisah semalam … bahagian yang belum Dinda maklumkan kepada Kanda … kerana baru kini Dinda terasa bersedia,” ujar Isabelle.
“Apa itu, Dinda?”
“Di antara kita berdua … walaupun mungkin sukar dipercayai … sebenarnya … adalah bertemu nasab daripada jurai zuriat yang sama nun jauh di masa silam.”
“Dinda bergurau … kan?”
“Tidak, Kanda … Dinda bersungguh-sungguh.”
“Baiklah. Daripada jurai yang mana pulak tu?”
“Jurai Yazdegerd Shah I ... iaitu ayahanda kepada Putera Arta Khshathra ... yang juga digelar orang Panglima Sudakh Shina kerana keperwiraannya ... iaitu salah seorang nenek moyang Kanda.”
“Dinda!”
“Benar, Kanda. Putera Alfred, nenda Dinda ... dia bersalasilah daripada Puteri Gerberga von Henneberg, ratu wilayah Swabia di negeri Germania. Puteri Gerberga itu pula bersusur galur daripada Puteri Izdundad, puteri kepada Yazdegerd Shah III, maharaja Parsi Wangsa Sassan, dan permaisuri baginda, Puteri Manayanha dari Byzantium.”
“Yazdegerd Shah III berkahwin dengan seorang puteri Byzantium? Tapi ... bukankah Parsi itu sering berseteru dengan Byzantium?”
“Benar, Kanda. Namun, pada suatu ketika, kerajaan Parsi Wangsa Sassan berserta kerajaan Byzantium kedua-duanya terancam oleh kebangkitan orang-orang Arab Islam. Maka kedua mereka terpaksa berdamai dan berpakat seketika ... lalu Maharaja Heraklius, maharaja Byzantium mengahwinkan seorang cucundanya, iaitu Puteri Manayanha, iaitu anakanda kepada Maharaja Konstantin III, dengan Yazdegerd Shah III. Maka Puteri Manayanha itu menjadi permaisuri kedua kepada Yazdegerd Shah III.”
“Seterusnya?”
“Yazdegerd Shah III itu adalah cicit kepada Yazdegerd Shah I. Nah … ini buktinya … catatan ringkas yang memperihalkan susur galur keluarga kami … peninggalan Nenda Meredith kepada Dinda …yang mujurnya masih ada pada simpanan Dinda.”
“Sungguh mengagumkan. Tapi ... bagaimana pula sesuatu sehebat itu boleh berlaku?”
“Selepas kerajaan Yazdegerd Shah III ditewaskan oleh bala tentera Arab Islam pimpinan Khalid ibnu al-Walid, puteri-puteri baginda yang tidak sempat melarikan diri semuanya menjadi tawanan perang. Misalnya, Puteri Shahr Banu, dikahwinkan dengan Saiyidina Hussain, putera kepada Saiyidina Ali. Manakala Puteri Izdundad pula dianugerahkan oleh Saiyidina Umar kepada Bustenai ben Haninai, seorang penyandang jawatan Resh Galuta … iaitu Ketua Masyarakat Buangan di kalangan kaum abdi Yahudi di Parsi ... lalu dikahwini oleh beliau. Kalangan Resh Galuta itu pula, mereka dikatakan semuanya bersusur galur daripada Raja Daud … yang juga adalah seorang raja sekaligus seorang nabi bagi kaum Bani Israil di zaman silam. Kerana itu … sungguhpun para Resh Galuta daripada golongan kaum buangan … mereka dilayani dengan baik serta penuh hormat oleh pihak pemerintah. Sama ada di zaman kerajaan Babilani, mahupun kerajaan Parsi, ataupun kerajaan Arab Islam.”
“Hebat, hebat,” ujar Shakranta. “Bermakna Dinda juga bersusur galur daripada Raja Daud. Teruskan lagi, Dinda.”
“Seorang cicit Izdundad dan Bustenai … namanya Natronai al-Makhir … tertewas kepada sepupunya Judah Zakkai dalam pertandingan merebut jawatan Resh Galuta … lalu merantau membawa diri ke barat ... ke Benua Putih ... ke sebuah negeri bernama Frankia. Dia akhirnya berkahwin dengan Puteri Alda, bonda saudara Raja Karlo Magna … raja gemilang negeri Frankia itu … lalu dilantik menjadi pembesar wilayah Toulouse dengan memakai gelaran Duke Theodoric. Maka anak-anak mereka telah berkahwin dan beripar-duai dengan golongan kerabat diraja di negeri-negeri dan wilayah-wilayah yang bersahabat … hingga akhirnya lahirlah Puteri Gerberga von Henneberg daripada salah seorang daripada mereka itu.”
“Sungguh menakjubkan. Bermakna ada lagi dua perkara hebat yang baru kini terserlah.”
“Apakah itu, Kanda?”
“Bahawa … Dinda juga daripada zuriat seorang maharaja Byzantium yang di zaman remajanya gemar bertarung satu lawan satu dengan singa liar.”
“Maharaja Heraklius I. Kanda tahu tentang itu?”
“Kanda gemar mengkaji sejarah silam. Patutlah zuriatnya juga pandai menjinakkan sepasang anak harimau.”
“Alah ... Kanda ni. Dah mulalah tu. Mengada-ngada dah. Kita pulak yang disindirnya.”
“Tidak begitu, Dinda,” ujar Shakranta sambil tersenyum selamba. ”Kanda memang benar-benar mengagumi bakat semula jadi Dinda. Kerana Dinda ... seperti memiliki kemampuan luar biasa ... untuk mententeramkan ... dan ... menjinakkan ... sebarang haiwan dengan begitu mudah.”
“Termasuk haiwan yang ... kadang-kadang tu ... macam susah nak tidur di waktu malam, kan?”
Shakranta tertawa kecil dengan gurauan senda isterinya. “Dinda ni. Sekarang Dinda pula yang menyindir Kanda.”
“Ha! Tu la ... kan dah kena, kan?"
Begitulah keadaannya … suasana hidup yang sentiasa penuh kasih sayang ... berselingan sekali sekala dengan gurau berseloroh yang menyingkirkan bosan dan mencetus bahagia ceria ... di antara Isabelle dan Shakranta.
"Dan ... apakah perkara yang satu lagi itu, Kanda?” tanya Isabelle.

“Bahawa … Dinda juga mungkin daripada zuriat Panglima Kambujiya.”
“Bagaimana pula begitu?”
“Kerana Ardeshir Shah ... pengasas wangsa Sassan itu ... berketurunan daripada wangsa Hakhamanesh. Dan wangsa Hakhamanesh itu pula ... jangka sesetengah sarjana ... bersusur galur daripada Raja Kambhujiya.”
"Maksud Kanda ... Raja Kambhujiya leluhur kaum Kambhoja ... dan pendiri negeri Kambhoja di Pergunungan Himalaya itu?"
"Ya ... Raja Kambhujiya yang itulah. Kerana itulah nama Kambhujiya itu amat digemari di kalangan kerabat Wangsa Hakhamanesh ... dan sering diberikan kepada putera-putera mereka."

“Oh! Menarik sekali itu,” tingkah Isabelle. “Hebatnya Pencipta kita … Tuan dan Pentadbir bagi seluruh alam. Dengan kemahuan-Nya … ikan di laut … asam di darat … di dalam belanga bertemu juga. Shakranta di timur … Isabelle di barat … di bumi Byzantium bersua jua.”
“Amboi ... pandainya Dinda berpantun,” ujar Shakranta.
“Dinda kan sudah menjadi orang Langkasuka, kan?” balas Isabelle.
"Betul juga tu," balas Shakranta.
"Kanda," sejurus kemudian Isabelle bersuara lagi.
"Ya, Dinda. Ada apa tu?"
"Kanda masih ingat lagi tak ... ketika Dinda begitu beria-ia memujuk Kanda ... supaya membeli Dinda ... semasa di Konstantinople dulu?
"Ya. Kanda pasti akan ingat sampai ke bila-bila. Kerana itu detik-detik pertama kita mula bertemu."
"Kanda tahu mengapa?"
"Kerana Dinda mengagumi Kanda, kan?"
"Alah. Dah perasan pulaklah tu."
"Tidak, Dinda," Shakranta tertawa kecil. "Itu kan Dinda yang memberitahu Kanda dulu."
"Ada lagi sebab lain daripada itu."
"Oh? Apa pulak tu?"
"Kanda tahu, bagi seorang abdi, harapan adalah perkara paling utama," ujar Isabelle. "Dan kemunculan Kanda dengan tak semena-mena hari itu dalam hidup Dinda melonjakkan harapan Dinda dengan tiba-tiba."
"Mengapa pulak begitu?"
"Kerana ia seperti menjurus kepada sesuatu yang telah diramalkan oleh seorang nenda sepupu Dinda ... Nujum Katherine ... ketika Dinda masih seorang bayi yang baru lahir."
"Oh! Apakah gerangan perkara yang diramalkannya itu?"
998 Masihi, di wilayah Somerset, di negeri Enghel Land, di Pulau Brittania.
Mata wanita itu sekejap hampir tertutup rapat, sekejap tercelik luas. Merenung tajam ke dalam sebiji bebola kaca sebesar buah tufah berwarna jernih keunguan. Dahinya berkerut, fikirannya begitu tertumpu dan berpusat. Mulutnya berkumat-kamit ... bertutur bahasa aneh yang langsung tidak difahami oleh kebanyakan orang yang berkerumun di sekelilingnya. Suaranya sekejap nyaring, sekejap antara dengar dan tidak, nadanya sekejap naik meninggi, sekejap turun serendah-rendahnya. Sejurus kemudian ... dia bertutur dengan suara jelas yang bergema lantang merentas seluruh mahligai dan pekarangannya.
"Anak ini akan mengalami kehidupan awal yang penuh pancaroba. Zaman kecilnya akan dilanda bertali arus oleh keperitan dan kepedihan. Namun kesudahannya, dia tetap akan menemui ketentuan hidupnya yang sebenar. Seorang pahlawan yang gagah berani dan baik hati ... dari sebuah negeri di hala timur ... nun begitu jauh di hala timur ... akan muncul menjadi pembela dan pelindungnya. Akhir sekali, dia akan bangkit kembali untuk beroleh kedudukan yang paling tinggi darjat dan martabatnya. Kedudukan yang sepadan dengan zuriat dan salasilahnya. Tidak di Enghel Land. Malah tidakpun di Pulau Brittania. Akan tetapi ... di sebuah negeri gemilang yang letaknya ... sungguh jauh ... nun jauh di sana ... di hala matahari terbit."
Demikian kata-kata samar yang terbit dari bibir Nujum Katherine, saudara sepupu kepada Dukun Meredith, iaitu ibu kepada Putera Bryhann. Di tengah-tengah kepulan asap bakaran pelbagai dedaun kering dari rimba, bau-bauannya melalikan semua hadirin yang datang berkunjung. Seminggu selepas kelahiran anak bongsu Putera Bryhann. Anak perempuan yang diberi nama ... Puteri Isabelle.

No comments:
Post a Comment